suria

DJ Lin ke Makkah 10 Syawal, bawa semua ahli keluarga kerjakan umrah

DJ Lin berkongsi dia bakal mengerjakan ibadah umrah pada Syawal.

PENYAMPAI radio Suria FM DJ Lin bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan umrah bersama ahli keluarga pada 10 Syawal ini.

DJ Lin atau Roslinda Abdul Majid, 49, berkata, dia teruja dapat ke sana kerana ini adalah kali pertama dia melakukan umrah ketika umat Islam menyambut Syawal.

"Insya-Allah pada 10 Syawal saya akan mengerjakan umrah bersama 14 orang ahli keluarga.

Untitled design (6)

DJ Lin teruja bakal menjalankan umrah pada bulan Syawal.

"Alhamdulillah ini umrah saya yang keempat tetapi kali pertama saya pergi ketika bulan Syawal.

"Sebelum ini pernah dapat peluang ke sana ketika bulan Ramadan dan merasai kenikmatan berpuasa di sana," katanya kepada mStar.

Berkongsi mengenai doa yang bakal dipanjatkan di sana, DJ Lin memberitahu semua kaki tangan di Suria FM akan sentiasa berada dalam doa dan ingatannya.

ARTIKEL BERKAITAN: DJ Lin terasa hati baca komen netizen, minta jangan kaitkan anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN: DJ Lin tak iri hati kemenangan Tyzo di ABP, bangga siap buat makan-makan ‘post’ di media sosial

Katanya, dia berharap agar anak-anak buahnya di stesen radio berkenaan akan terus berusaha memberikan yang terbaik kepada pendengar.

“Doa utama yang dipohon agar saya diberikan kekuatan dan kesabaran bukan sahaja untuk saya tetapi untuk anak-anak buah saya di Suria FM juga.

“Saya mendoakan agar semua di Suria FM dapat terus fokus membuat yang terbaik demi hiburkan pendengar setia dan peminat kami.

Untitled design (7)

DJ Lin (dua dari kiri) berdoa agar warga Suria FM fokus beri terbaik.

“Saya anggap Suria FM ini sebagai nyawa saya, bukti sayangnya saya kepada Suria FM,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, DJ Lin memberitahu Suria FM akan meneruskan kempen Raikan Yang Dirai sepanjang Syawal ini.

Ini termasuk penerbitan Drama Raya Suria berjudul Suami Raya bersama rakan-rakan penyampai lain termasuk Cik Piah, Sharifah Shahirah, Ajak, Kai Hassan dan Datuk Fizz Fairuz.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain