suria

Naim Daniel ucap terima kasih kepada rakyat Kelantan, Raya di KL tetap meriah!

Naim seronok sambut raya di KL.

TAHUN ketiga meraikan Hari Raya Aidilfitri di Kuala Lumpur, penyanyi Naim Daniel memberitahu kemeriahannya tetap sama seperti suasana di kampung.

Walaupun di kota raya, Naim atau Muhammad Naim Daniel Baharin, 27, tetap meneruskan tradisi kunjung mengunjung selain mengadakan rumah terbuka.

"Orang kata beraya di KL tak meriah tapi sebenarnya pandangan itu tak benar sebab terletak pada diri kita sendiri untuk wujudkan suasana itu.

naim daniel 2

Naim uruskan sambutan raya untuk keluarga.

"Rumah dan persekitaran pun ala-ala kampung jadi memang meriah sambut raya di Kuala Lumpur.

"Saya akan mengundang keluarga berkumpul di rumah saya untuk acara bermaaf-maafan, makan dan melakukan apa-apa aktiviti berbentuk kekeluargaan.

"Ramai kaum keluarga saya yang menetap di Lembah Klang, jadi memudahkan pergerakan kami sebelum pulang ke Melaka," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Keluarga saling mengenali... Wanita satu industri pilihan Naim Daniel, sasar kahwin sebelum umur 35 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Naim Daniel bukan anti agamawan, cuma geram individu berjubah tunggang agama

Dalam pada itu, Naim berkata, cuti umum bersempena Aidilfitri juga membuatkan dia dapat merasai suasana berbeza di Kuala Lumpur yang jauh lebih tenang daripada kesibukan dan kesesakan lalu lintas.

"Terima kasih kepada orang Kelantan, Johor atau mana-mana sahaja kerana balik beraya di kampung mereka.

"Inilah masanya nak rasa jalan raya di Kuala Lumpur lengang. Saya hargai sangat mereka pulang ke kampung masing-masing," ujarnya berseloroh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain