suria

Tyzo fokus bantu pelajar sekolah kurang berkemampuan, percaya pendidikan mahu ubah nasib

Berkat hidup bersama pendidik, Tyzo cakna mengenai masalah pelajar miskin.

PENYAMPAI radio Tyzo memaklumkan yang dia terinspirasi membantu pelajar miskin kerana dibesarkan dalam keluarga berjiwa pendidik.

Kata Tyzo atau Tuah Zolqarnain, meskipun dia bukan seorang guru tetapi dia cakna dengan nasib sesetengah murid sekolah yang datang dari keluarga susah.

“Ibu bapa saya merupakan guru, jadi saya dibesarkan dengan jiwa pendidik, walaupun saya bukan seorang guru, tapi saya ingin membantu pelajar yang memerlukan.

Untitled design (25)

Tyzo berkerjasama pelakon Amaris untuk bagi menjaya program kebajikan ini.

“Saya mendengar kisah ada pelajar yang ke sekolah tapi tiada duit belanja, ada yang seharian tidak makan langsung,” katanya ketika dihubungi mstar.

Antara bantuannya termasuk program sarapan pagi kepaada pelajar sekolah menengah yang akan bermula selepas Syawal.

Mengulas tentang mengapa dia ingin memfokuskan kepada pendidikan, Tyzo percaya pelajar sekolah menjamin masa depan negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Tyzo jadi diri sendiri di radio Islamik, baru sedar jiwa minat ilmiah berbanding hiburan

ARTIKEL BERKAITAN: Kesedihan diganti rahmat, doa di Makkah ubah hidup Tyzo 360 darjah

Tambahnya, banyak pihak yang terlepas pandang mengenai situasi pelajar sekolah sebaliknya hanya mengutamakan golongan asnaf atau anak yatim sahaja.

“Anaka-anak ini yang akan membentuk negara kita, pasti mereka tak akan dapat fokus belajar sekiranya mereka berlapar.

“Saya utamakan bantuan untuk pelajar sekolah kerana ramai yang terlupa walaupun mereka ini ada ibu bapa, tetapi mungkin kemampuan ibu bapa mereka agak terhad, “ ujarnya.

Untitled design (23)

Tyzo simpan hasrat membuka yayasan sendiri.

Sementara itu, Tyzo turut berkongsi yang dia memulakan langkah dengan membuka pertubuhannya sendiri agar dapat membina yayasan yang diimpikan.

“Sebelum ini saya ada simpan angan-angan untuk ada yayasan sendiri, tapi saya tahu bukan mudah.

“Oleh sebab itu, saya mulakan dan aktif dengan Pertubuhan Kasih Tyzo terlebih dahulu.

Program pertamanya dimulakan dengan memberikan bantuan baju raya kepada pelajar di SMK Drama, Klang lama pada 5 April lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain