suria

“Lelaki kalau nak curang...” - Iman Troye kembali single, beri bayangan kena ‘tinggal’ 1 Syawal

Iman beri bayangan sudah kembali solo selepas dicurangi kekasih.

PENYANYI Iman Troye memberi bayangan dia sudah kembali single apabila percintaan dengan teman lelakinya putus pada hari raya pertama lalu.

Iman atau Siti Nur Alyssa Sahabuddin, 22, memaklumkan perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya dengan berlatar belakangkan lagu nyanyian Ariana Grande berjudul We Can't Be Friends (Wait For Your Love).

"Day 1 kena tinggal sis," tulisnya pada bahagian kapsyen video berkenaan.

NP-26

Iman beri bayangan sudah putus dengan kekasih di hari raya.

Ramai meluahkan rasa simpati dan meminta Iman memberi fokus kepada kariernya berbanding percintaan.

Malah ada pula secara sinikal memerli Iman tetap ditinggal walaupun memiliki wajah yang cantik.

"Cantik pun kena tinggal," komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasang niat masuk universiti cari kekasih... Iman Troye lupakan hasrat ‘cinta monyet’, sibuk fokus pelajaran

ARTIKEL BERKAITAN: Cincin di jari manis timbul tanda tanya peminat, Iman Troye belum bertunang - “Calon pun tak ada lagi”

Iman bagaimanapun membalas komen tersebut memberitahu seorang lelaki tetap akan berlaku curang tanpa memikirkan tentang perkara lain.

“Lelaki kalau dia nak curang, dia curang juga,” tulisnya.

Tindakan memuat naik video berkenaan mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan pengikutnya tentang siapa gerangan teman lelaki Iman.

NP-25

Iman membalas komen seorang pengguna TikTok.

Ini kerana penyanyi tersebut tidak pernah secara terbuka mengakui sedang menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki.

Walaupun tidak menyatakan secara spesifik, namun ada pula mendakwa usahawan dan pempengaruh media sosial Ashraf Anuar adalah teman lelaki Iman.

Ashraf dikatakan ada hubungan dengan Iman ekoran sering dilihat bersama sebelum ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain