WALAUPUN sudah tiga tahun menutup aurat, masih ada pihak produksi meminta pelakon Oktovia Manroe menanggalkan tudung sebagai syarat berlakon dalam drama terbitan mereka. Oktovia atau Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman, 33, berkata, permintaan itu dibuat bukan sahaja sebagai memenuhi kehendak watak tetapi merasakan dia boleh pergi jauh dengan imej lama. "Alhamdulillah tawaran berlakon masih ada tetapi ada minta saya buka tudung. "Mereka kata sayang sebab saya boleh pergi jauh dengan penampilan free hair. Oktovia kini bahagia bersama suami dan anak-anak. "Tapi saya faham apa dimaksudkan kerana kebanyakan orang seni mengenali saya dengan imej seperti dulu," katanya kepada mStar. Tidak menganggap syarat diberikan sebagai biadab, Oktovia sebaliknya akan menjelaskan dengan baik kepada pihak produksi tentang perubahan dilakukan. Katanya, dia juga memang bersikap memilih kerana ingin memastikan peranan yang diambil bersesuaian dengan imejnya sekarang. ARTIKEL BERKAITAN: Oktovia Manrose hamil anak ketiga, kandungan sudah masuk 5 bulan ARTIKEL BERKAITAN: Oktovia Manrose nikah kali kedua, kini isteri bekas pemain bola sepak Khairul Efsan "Saya tidak terkejut sebab penampilan saya memang macam itu dulu tapi saya akan terangkan pada mereka yang saya sudah tidak mengambil watak yang memerlukan saya mendedahkan aurat. "Kalau karakter sesuai dan memberi manfaat kepada penonton baru saya akan setuju. "Saya bukan baik sangat cuma sedang berjinak-jinak untuk jadi lebih baik. "Jadi kena galakkan buat perkara baik supaya mendorong orang ramai buat perkara sama," jelasnya. sekarang banyak tawaran yang tak sesuai, ada yang minta saya buka tudung. OKTOVIA MANROSE PELAKON Untuk rekod, Oktovia sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Izat Abd Rahman pada 2011, namun bercerai pada 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki bernama Muhammad Rayyan Zulkarnain yang kini berusia 13 tahun. Oktovia kemudiannya berkahwin pula dengan pemain bola sepak Mohamad Khairul Efsan Md Isa, 33, pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan cahaya mata perempuan yang kini berusia 2 tahun. Kini pelakon itu sedang hamil anak ketiganya dan kandungannya sudah mencecah usia enam bulan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!