USAHAWAN Datuk Seri Adnan Abu tidak mahu mengharapkan ‘gift’ daripada penonton dalam setiap kali bersiaran langsung di TikTok miliknya sebagai cara mendapatkan wang. Sebaliknya Adnan atau mesra disapa Datuk Red, 46, berkata, dia lebih senang penonton membeli produk yang dijual kerana itu tujuan utama dia membuat video siaran langsung di platform berkenaan. "Bila buat live ramai DM nak bagi kerja dan sumbangan, tapi saya bukan minta duit cuma minta kerja, buat live pun nak cerita fasal kehidupan saya. "Tapi orang asyik bagi ‘gift’ pada saya, sampaikan singa tak sempat nak mengaum terus datang kereta api, ikan paus... terkejut saya. Adnan tidak mahu anak-anak melihatnya seperti peminta sedekah. "Seronok juga kerja macam itu lepak kedai mamak, sehari boleh dapat RM10,000, kalau sebulan tak ke boleh dapat RM300,000? "Ikutkan saya boleh je buat kerja macam itu hari-hari tapi saya tak mahu, biarlah saya meniaga sekurang-kurangnya saya dapat hasil daripada barang yang saya jual," katanya. Dalam pada itu, Adnan memberitahu dia juga tidak mahu anak-anak melihatnya sebagai peminta sedekah jika selalu diberikan ‘gift’ di TikTok. Tambah Adnan, selagi mempunyai kudrat, dia akan berusaha keras menyelesaikan semua hutang sejak diisytiharkan muflis pada 2019. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sedihnya hidup Datuk Red, dah 5 tahun tiada kerja, selama ini ditanggung Adira ARTIKEL BERKAITAN: Hidup tertekan, Datuk Red jalan kaki dari rumah ke Pulau Pinang... Kenang jasa Adira banyak bantu "Anak-anak dah tengok saya buat live TikTok, nanti mereka kata saya macam minta sedekah, tak mahu macam itu. "Susah macam mana pun saya pilih untuk berniaga sebab tidak akan boleh selesai hutang dengan minta sedekah. "Biarlah saya kerja sendiri, saya masih ada maruah dan masih kuat untuk cari duit," jelasnya. Sementara itu, Adnan meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang bekerjasama dengan usahawan Datuk Dr. Azizan Osman dan pempengaruh Dr. Samhan dalam perniagaan. Anak-anak dah tengok saya buat live TikTok, nanti mereka kata saya macam minta sedekah, tak mahu macam itu. DATUK RED USAHAWAN "Saya berterima kasih kepada Dr. Azizan atas kesediaan dia untuk membimbing saya dan Dr. Samhan atas peluang untuk berkolaborasi dalam perniagaannya. "Saya akan memberikan komitmen sepenuhnya dengan tunjuk ajar Dr. Azizan untuk mengembangkan lagi perniagaan yang diusahakan bersama Dr. Samhan," ujarnya. Pada 26 Mac lalu, Adnan ketika bercakap secara eksklusif kepada mStar mendedahkan dia diisytihar muflis sejak 2019 dan sudah tidak bekerja sejak lima tahun lepas. Sejak itu, isteri keduanya iaitu penyanyi Adira Suhaimi terpaksa menanggung kehidupan keluarga memandangkan dia tidak mempunyai pekerjaan tetap. Adnan berkolaborasi bersama Azizan dan Samhan untuk memulakan perniagaan bersama. Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 33, memfailkan penceraian terhadap Adnan atas alasan tiada lagi persefahaman. Bagaikan jatuh ditimpa tangga, isteri pertamanya iaitu Datin Seri Syarifah Nur Shafila Hassim, 38, pula memfailkan cerai terhadapnya pada Januari lalu. Untuk rekod, Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla Thailand pada 3 Disember 2015 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata. Hasil perkahwinan Adnan dan Syarifah atau Datin Red puladikurniakan lima orang cahaya mata. Adnan juga pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun bercerai selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!