PERKONGSIAN foto pelakon Imran Aqil bersama isterinya Dahlia Rizal semasa meraikan Aidilfitri baru-baru ini menarik perhatian netizen sehingga timbul spekulasi pasangan itu bakal menimang cahaya mata. Menjawab mengenai perkara itu, Imran atau Mohammad Imran Aqil Mohd Salehuddin, 25, berkata buat masa ini isterinya masih belum berbadan dua dan baby bump didakwa itu merupakan kesan buncit akibat makanan. Malah, gara-gara komen netizen itu, Imran memberitahu Dahlia mengajaknya untuk pergi bersenam di gimnasium. Imran menafikan dakwaan kononnya Dahlia sedang hamil. "Tidak sama sekali (hamil), itu hanya ketupat bump. Ini dia ajak saya pergi gym," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa. Dalam pada itu, Imran turut memberitahu dia dan isteri tidak terasa hati dengan komen berkenaan, namun menasihati netizen agar tidak membuat spekulasi sendiri. Kata Imran, sekiranya Dahlia benar-benar hamil, mereka sendiri akan berkongsi berita gembira itu kepada pengikut di media sosial. ARTIKEL BERKAITAN: Imran Aqil gelabah dompet hadiah dari isteri tercicir dalam pawagam, pesan jangan tengok wayang kalau mengantuk ARTIKEL BERKAITAN: Hormati permintaan keluarga... rupanya ini sebab Imran Aqil dan Dahlia buat lima majlis resepsi "Kalau ikutkan kami tak kisah, lebih-lebih lagi Dahlia. Cuma kadang-kadang netizen tidak perlu untuk menegur ada baby bump atau tidak kerana kami akan maklumkan kepada semua jika betul isteri saya mengandung. "Kadangkala rasa tak syok juga, kita muat naik gambar saja-saja tapi ada yang komen fasal baby bump sedangkan itu hanya buncit," ujarnya. Sebelum ini, Dahlia memuat naik foto bersama Imran mengenakan persalinan sedondon rona hitam di aplikasi TikTok ketika meraikan Aidilfitri bersama. Foto tersebut mendapat perhatian ramai apabila ada yang mendakwa Dahlia kini sedang berbadan dua. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!