MENJELANG kelahiran cahaya mata kedua, pelakon Zahirah MacWilson mengadakan majlis gender reveal bagi mendedahkan jantina bayi dalam kandungannya itu. Zahirah atau Nur Zahirah Macwilson Zainol Macwilson, 29, memaklumkan dia dan suami yang juga aktor Aiman Hakim Ridza bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi. “Ianya bayi perempuan! Alhamdulillah,” katanya. Zahirah dan Aiman bakal timang anak kedua. Perkara itu dikongsi Zahirah melalui satu klip video yang dimuat naik di Instagram pada malam Rabu. Menerusi video tersebut, ahli keluarga dan rakan pasangan itu berkumpul meraikan majlis berkenaan. Malah Aiman dilihat teruja saat mengumumkan jantina bayi mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Aiman Hakim Ridza tak sabar menanti tahun 2024, umum Zahirah MacWilson hamil anak kedua ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan bertambah 10 kilogram, Zahirah Macwilson suka makan nasi sejak hamil anak kedua Sehubungan itu, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan semoga urusan kelahiran itu dipermudahkan. Sebelum ini, Aiman, 35, memberitahu ragam Zahirah semasa mengandungkan anak kedua agak berlainan berbanding sebelum ini. Katanya, Zahirah tidak terlalu menjaga pemakanannya selain lebih menyukai makanan Melayu. Zahirah dan Aiman dedah bakal terima bayi perempuan. Bahkan berat badan aktres itu naik mendadak sehingga 10 kilogram. Untuk rekod, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berumur tiga tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!