PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza memuji bakat luar biasa yang dimiliki oleh anak saudaranya iaitu Umairah atau lebih dikenali sebagai Umai. Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 45, bagaimanapun berkata perjalanan Umai masih panjang dan menyarankan remaja itu menimba pengalaman dengan menyertai lebih banyak pertandingan nyanyian. "Alhamdulillah daripada kecil saya nampak Umai ada bakat yang luar biasa, cuma perjalanannya masih jauh dan dia perlu melalui pengalaman menyanyi daripada persembahan kecil hinggalah persembahan pentas besar. "Saya rasa dia juga perlu masuk banyak pertandingan dan daripada situ baru dia boleh lihat bakatnya untuk dinilai dalam peringkat tertentu. Siti memuji bakat luar biasa yang dimiliki Umai. "Sebagai ibu saudara saya agak bangga jugalah. Dia memang banyak belajar tentang muzik. Usaha yang dilakukan atas inisiatif sendiri," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Siti turut memberi pujian terhadap Umai atau nama sebenarnya Ummi Umairah Saiful Anuar, 13, kerana tidak malu untuk mempelajari lagu-lagu tradisional biarpun masih di usia muda. Menurut Siti, sejak kecil lagi Umai sudah menunjukkan minat menyanyi dan sering menyertai pelbagai acara nyanyian. ARTIKEL BERKAITAN: "Saya tak marah pun"... Siti Nurhaliza cerita kejadian sebenar belakang pentas, cemas 'ear monitor' belum on ARTIKEL BERKAITAN: Cakra Khan terima kejutan semasa konsert, gadis OKU naik pentas belanja burger kahwin... Kagum bakat anak saudara Siti Nurhaliza "Dia suka menyanyi. Masa dekat kampung sebelum sambung belajar pun dia banyak menyanyi di acara-acara tertentu. "Dia tidak malu untuk belajar lagu-lagu lama. Biasanya budak-budak muda hanya mahu menyanyi lagu yang trendy tetapi Umai dengar pelbagai jenis muzik. "Umai seorang pelajar yang baik dan bijak, minat menyanyi tidak salah. Kalau betul-betul nak jadi penyanyi kena jadi penyanyi yang bagus," ujarnya. Sebelum ini juga timbul dakwaan netizen kononnya ibu Umai iaitu Siti Sairah Tarudin memaksa anaknya menyanyi menerusi video tular yang memaparkan Umai menangis semasa mengikuti kelas vokal. Umai mempunyai bakat besar dalam bidang nyanyian. Siti bagaimanapun berpendapat Sairah tidak memaksa anaknya itu untuk menyanyi sebaliknya hanya memberikan sokongan terhadap minat Umai. "Bagi saya bukan paksa, saya dulu pun masa mula-mula menyanyi Mak Salmah (panggilan mak) macam itu juga. Dia selalu menegur saya sekiranya nyanyian tidak betul. "Bila seorang ibu mengajar kita tidak melihat ia sebagai paksaan sebab mereka (ibu) lebih tahu. "Masa saya kecil dulu pun macam itulah ibu saya menegur. Tiada paksaan cuma apa yang saya selalu pesan walaupun minat menyanyi jangan sesekali abaikan pelajaran," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!