suria

Cik B sedih tak dapat duit raya, bukan minta RM100 cuma mahu rasa kemeriahan Aidilfitri

Cik B anggap dirinya masih layak menerima duit raya.

ANAK kepada usahawan sensasi Datuk Seri Vida iaitu Cik B kecewa apabila dia sudah tidak menerima sebarang duit raya daripada kenalan mahupun saudara terdekat.

Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19 berkata, rata-rata saudara maranya enggan memberinya duit raya disebabkan kekayaan dimilik ibunya.

"Korang berhentilah minta Cik B duit raya, korang tahu tak tahun ini Cik B dapat duit raya daripada tiga orang saja.

cik b1

Cik sedih kerana sering diminta duit raya.

"Makcik pakcik dah tak nak bagi Cik B duit raya sebab dia orang kata dia orang insecure (goyah)," katanya.

Cik B berkongsi perkara itu menerusi TikTok miliknya pada pagi Jumaat.

Menurutnya, dia juga ingin merasai rasa teruja menerima duit raya memandangkan usianya masih lagi muda.

"Cik B nak rasa perasaan salam orang dapat sampul raya bukan orang salam Cik B dapat sampul raya.

ARTIKEL BERKAITAN: Cik B terkejut Vida bayar RM420,000 untuk bilik hotel di Makkah... Berbaloi pemandangan cantik

ARTIKEL BERKAITAN: Baru luah nak cari kekasih, jejaka berani serah jambangan bunga dekat Cik B depan Vida

"Kita ni muda lagi, kita nak rasa jadi budak," katanya lagi.

Malah dia tidak kisah sekiranya mendapat jumlah yang sedikit memandangkan hanya mahu menikmati kemeriahan suasana hari raya.

Tidak hanya itu, dia juga berlapang dada sekiranya ada pihak memberinya sampul duit raya yang kosong.

"RM1 atau RM2 ke Cik B terima, bagi sampul pun Cik B terima. Tapi dah kenapa tak ada orang nak bagi Cik B duit raya.

cik bb

Cik B tak kisah jumlah duit raya.

"Tengok Cik B korang yang nak duit raya. Kita budak lagi, tahun depan baru kita bukan budak.

"Cik B janji tak kisah berapa orang bagi. Mesti ramai sangka Cik B nak RM100... RM200. Tak!," luahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dan bersimpati melihat luahan hati Cik B.

Mereka juga dengan murah hati ingin memberi duit raya kepadanya.

"Dia pun nak rasa juga unboxing duit raya okay! Kita pula tumpang sedih dengar luahan Cik B tapi Cik B anak orang kaya... duit dah banyak.

"Cik B terpaksa dewasa sebab sudah kaya," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain