suria

Marissa doa pahala ‘transfer‘ dekat bapa, air mata Norman Hakim gugur sudah maafkan anak

Norman gagal menahan sebak sewaktu bertemu dengan Marissa.

KASIH Norman Hakim terhadap anak perempuannya iaitu Marissa Dania jelas terpancar apabila air mata pelakon itu tumpah ketika melakonkan sebuah video pendek hari raya bersama.

Menerusi klip video berdurasi tiga minit itu, Norman atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 48, turut memeluk erat Marissa dan menyatakan kerinduan terhadap anak perempuannya itu.

Lebih menyayat hati apabila Norman berkongsi paparan video tulisan milik Marissa ketika kecil yang disimpan di dalam telefon.

size NP 1 (7)

Norman memaparkan tulisan Marissa sewaktu kecil dahulu.

"Tiap kali Papa rindukan adik (panggilan Marissa), Papa akan buka video ini.

"Adik selalu doa supaya dosa Papa bagi dekat adik. Pahala Adik bagi dekat Papa sebab adik sayang Papa," katanya.

Dalam pada itu, Marissa juga menangis ketika bersalaman dengan Norman serta memohon maaf di atas segala kesilapan yang pernah dilakukan.

"Adik nak minta ampun, minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi sahkan Marissa nikah di Thailand, Misya pula reda hidup bermadu... “Ini ujian kami bertiga”

ARTIKEL BERKAITAN: Marissa punya hal, Abby Abadi dan Norman pula berbalas komen tak puas hati

Balas Norman, dia sudah lama memaafkan apa sahaja dosa atau kesilapan yang pernah dilakukan anak perempuannya itu.

"Tiada apa yang Papa nak maafkan. Papa dah lama maafkan adik," jelasnya.

Klip video berkenaan menjadi tular di aplikasi TikTok pada petang Selasa.

Menjengah ke ruangan komen, terdapat netizen berpendapat Norman tidak dapat menahan sebak kerana gagal menjadi wali pada Marissa.

Adik nak minta ampun, minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki

MARISSA DANIA

ANAK NORMAN HAKIM

"Mahu tak sedih, ayah masih hidup tapi tak boleh walikan anak," tulis netizen.

Pun begitu, Marissa turut menerima kecaman netizen selepas dilihat tersenyum sewaktu bapanya sedang menangis.

"Ayah sedih, anak gembira sahaja, tiada rasa bersalah.

"Betul keras hati Marissa ni, Norman menangis dia boleh senyum lagi. Kalau aku belum apa-apa dah meraung," ujar netizen di ruangan komen.

size NP 1 (8)

Antara komen netizen terhadap klip video berkenaan.

Sebelum ini, Marissa mencetuskan kontroversi apabila didakwa melangsungkan pernikahan di Songkhla, Thailand dengan lelaki status suami orang iaitu Ahmad Aslam.

Apa membuatkan netizen marah, pasangan itu berkahwin ketika isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan sedang berada di Tanah Suci Makkah.

Kisah mereka sudah mula diperkatakan pada September tahun lalu apabila Marissa didakwa sebagai orang ketiga sehingga menyebabkan Aslam dan Misya bercerai.

Bagaimanapun mereka kembali rujuk ketika masih dalam tempoh idah.

Aslam dan Misya mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Hud, 3, dan Nuh, 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain