PELAKON Raja Ilya tampil membuat laporan polis selepas mendakwa ditipu ejen penginapan yang berdaftar dengan sebuah platform pelancongan digital. Ilya atau Raja Rumilah Begum Raja Mohammad, 39, mendakwa pihak berkenaan membatalkan tempahan mereka tanpa sebab munasabah namun gagal mengembalikan wang yang sudah dibayar untuk tempoh seminggu. "Saya buat laporan polis ini bagi pihak semua orang yang pernah ditipu. Ilya bertindak membuat laporan polis berhubung penipuan tersebut. "Saya mahukan keadilan, saya tak izinkan duit saya diambil 100 peratus padahal pihak anda yang membatalkan tempahan tersebut," katanya. Ilya berkongsi perkara itu menerusi hantaran video di Instagram miliknya. Pelakon itu juga turut menunjukkan laporan yang dibuat terhadap ejen berkenaan di sebuah balai polis di ibu negara. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya pun derma kepada Palestin” - Raja Ilya berang netizen tuduh sokong Israel, tak tahu ramai benci Gal Gadot ARTIKEL BERKAITAN: Raja Ilya selamat bersalin bayi perempuan, pilih nama Talita Love Berkongsi mengenai insiden tersebut, Ilya memberitahu pihak berkenaan membatalkan tempahannya hanya disebabkan dia lewat mendaftar masuk. Kata Ilya, perkara itu tidak munasabah kerana dia sudah pun membuat bayaran penuh dan merasakan polisi yang dibuat tidak masuk akal dan cuba mengambil kesempatan terhadap pelanggan. "Kami sampai lambat, tak kisah esok atau lusa lambat tapi saya tetap dah bayar penuh untuk seminggu. Ilya dan keluarga terpaksa mencari hotel terdekat pada awal pagi. "Ambik kesempatan atas nama polisi syarikat, kami tunggu lama dia masih cakap 'no show, no refund', saya tak mahu duit, saya mahu masuk sahaja," ujarnya. Disebabkan perkara itu juga, Ilya memberitahu dia dan keluarga terpaksa mencari hotel berdekatan pada awal pagi memandangkan pihak penyelia tetap berkeras tidak membenarkan mereka mendaftar masuk. "Kami telefon dan mesej tidak berjawab, kelam kabut nak dari hotel pukul 3 pagi dengan Talita (anak) demam, aduh memang saya akan ambil tindakan," katanya.