SEJAK sudah tidak bertudung, penampilan dan gerak-geri pelakon Fathia Latiff mengundang rasa tidak senang dalam kalangan netizen. Terbaharu, Fathia atau Nur Fatiya Abdul Latiff, 37, berkongsi beberapa keping foto yang memaparkan dia sedang bermain bola keranjang seorang diri. Menerusi foto berkenaan, Fathia dilihat mengenakan pakaian ketat berwarna hijau hingga menampakkan lurah dada dan bahagian ketiak. "Masih belum dapat ais latte lagi," tulisnya ringkas di ruangan kapsyen Instagram. Netizen menasihati Fathia agar menjaga tubuh badannya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut apabila Fathia dilihat semakin berani selepas tidak bertudung. Namun mereka juga menasihati Fathia agar menjaga tubuh badannya sekiranya ingin berpenampilan ketat. "Alamak perut macam dah keluar anak dua orang. ARTIKEL BERKAITAN: Tuduhan menjadi kafir sangat berat, Fathia masih seorang Muslim ARTIKEL BERKAITAN: Mungkin tahun terakhir sambut Ramadan, kenyataan Fathia Latiff undang rasa bimbang netizen "Bawa-bawalah diri bersenam Fathia, tak sesuai dengan pakaian. "Geli tengok, sebelah sana tayang baby bump dia tayang bumper," antara komen netizen. Sejak Januari lalu, Fathia menjadi bualan ramai apabila kerap berkongsi luahan dan pendapat di media sosial yang mengundang kontroversi. Fathia menjadi bualan ramai apabila kerap berkongsi luahan dan pendapat di media sosial. Ini termasuk menyamakan wajah aktres Zahirah seperti pembantu rumah. Tidak cukup dengan itu, Fathia turut menyerang bekas teman lelakinya iaitu pelakon Aiman Hakim Ridza yang juga suami kepada Zahirah. Dalam beberapa siri luahan, Fathia mendakwa Aiman masih menyayanginya dan meminta pelakon itu memohon maaf. Fathia turut 'berperang' mulut dengan bekas teman baiknya iaitu Zarina Anjoulie. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!