suria

“Wanita zaman sekarang terlalu murah” - Lana Nodin tengah sakit pun terkesan baca kontroversi Aliff Aziz

Lana tidak dapat berehat dengan tenang selepas mengikuti kisah Aliff Aziz.

TERKESAN kontroversi melibatkan Aliff Aziz, pelakon Lana Nodin menyifatkan wanita pada masa kini seakan sudah kurang sifat malu.

Mengikuti kes terbaharu Aliff bersama individu bernama Sarah Yasmine, Lana atau Mazlina Hasan Nordin, 46, berpendapat pengorbanan yang dilakukan wanita berkenaan tidak berbaloi memandangkan aktor itu bukanlah suaminya.

"Wanita zaman sekarang telalu murah, mengaku girlfriend walaupun dah kena tangkap dengan perempuan lain. Walhal ada bini lagi itu.

alif lana

Komen yang ditinggalkan Lana di Instagram.

"Aku dulu pun seksi bagai jugak tapi tak ada la sampai maruah diri nak kena korban fasal jantan macam ini. Tak berbaloi!" katanya.

Lana meninggalkan komen tersebut terhadap di satu hantaran Instagram mengenai artikel wanita berkenaan membuat pengakuan sebagai kekasih Aliff.

Lana yang kini sedang menerima rawatan di hopsital akibat jangkitan kuman pada bahagian usus turut menasihati kaum wanita agar lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup.

"Wake up la girls banyak lagi lelaki-lelaki elok untuk jadikan suami atau partner hidup ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tampil diri mengaku kekasih baharu Aliff Aziz, tunjuk bukti video cium pipi... Cerita hubungan teman lelaki dan Ruhainies

ARTIKEL BERKAITAN: 4 hari tak boleh bangun, Lana Nodin dikejarkan ke hospital akibat bengkak usus

"Aku sakit-sakit kat hospital pun terkesan tengok statement macam ini kalau ada suami kaki sundal macam ni,” ujarnya.

Sebelum ini, nama Aliff Aziz menjadi bualan ramai apabila Sarah Yasmine mendedahkan dirinya sebagai kekasih aktor itu sejak Januari lalu.

Kata Sarah, dia tampil membuat pendedahan tersebut selepas menghidu hubungan Aliff bersama Ruhainies ketika bersamanya.

Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan pelakon Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

lana 3

Lana masih lagi menerima rawatan di hospital.

Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres namun pada 4 April lalu, namun pelakon kelahiran Singapura itu enggan menceraikannya.

Aliff memberi alasan dia masih sayangkan Bella dan mahu menyelamatkan rumah tangga mereka.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan mereka pernah bercerai talak satu pada 2019 sebelum kembali rujuk ketika dalam tempoh idah.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain