SENTIASA bersikap adil terhadap dua isterinya, usahawan Datuk Seri Adnan Abu memberitahu dia ada pulang beraya bersama isteri pertama pada hari raya ketiga lalu. Adnan atau lebih mesra disapa Datuk Red, 46, bagaimanapun berkata perkara itu tidak diketahui umum kerana isterinya iaitu Datin Seri Syarifah Nur Shahila Hassim, 38, tidak suka berkongsi di media sosial. "Sebenarnya pada raya ketiga saya dah pulang ke rumah isteri pertama (Datin Red), cuma dia tak suka bergambar, malah saya ada jumpa anak-anak. Datuk Red mahu berlaku adil dengan kedua-dua isterinya. "Sebab tu saya cakap, dengan Adira cara saya lain dengan isteri pertama lain, tapi tak boleh nilaikan saya hanya dari cerita di media sosial sahaja. Kasih sayang saya pada mereka sama berat," katanya kepada mStar. Adnan berkongsi perkara itu ketika sidang media lantikan peguam yang diadakan di kediaman Datuk Wira Dr. Azizan Osman, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini. Dalam pada itu, Adnan memberitahu isu membabitkan Syarifah dan madu iaitu penyanyi Adira sudah selesai selepas dia bertindak sebagai ketua keluarga menegur kedua-dua belah pihak. Malah sebagai suami, Adnan berkata kasihnya kepada isteri-isteri tidak pernah berbelah bagi dan dia memberikan kasih sayang sama rata kepada mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri pertama dakwa Datuk Red tak balik sambut hari raya, netizen pula ungkit fasal baju kaftan ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Red harap 2 isteri tarik permohonan cerai, mahu Datin Red dan Adira jadi saksi kejayaannya "Saya juga ada tegur-tegur isteri-isteri saya, biar pun tiada kekuatan menanggung mereka dari segi kewangan, tapi saya masih jalankan tanggungjawab saya sebagai ketua keluarga untuk menegur mereka. "Mereka pun faham atas kesilapan masing-masing, minta maaf, jadi saya rasa sudah tiada isu," katanya. Andai kata Adira nak teruskan, saya terpaksa melepaskannya. DATUK RED USAHAWAN Sementara itu, Adnan berkata dia sudah bersedia dengan apa jua keputusan mahkamah melibatkan kes cerainya dengan Adira. "Ada perbincangan dengan Adira, tapi apa pun tarikh 24 April adalah titik noktah masalah kami diselesaikan atau diteruskan. "Andai kata Adira nak teruskan, saya terpaksa melepaskannya, saya nak tengok dia bahagia sebab saya tak mampu beri dia kebahagiaan macam suami orang lain, saya tak nak tambah derita dia. "Jadi kalau dia mahu teruskan pada 24 April itu, saya rasa itu adalah detik penamat kami sebagai suami isteri," jelasnya. Datuk Red sayang kedua-dua isterinya. Rumah tangga Adnan menjadi bualan ramai sejak beberapa bulan lalu selepas kedua-dua isterinya memfailkan cerai terhadapnya. Adira membuat permohonan cerai pada 25 Oktober tahun lalu manakala Syarifah pula memfailkan perkara sama pada Januari lalu. Adnan menerusi beberapa kenyataan di media sosial mash berharap dapat menyelesaikan kemelut rumah tangganya dan meminta Syarifah dan Adira menarik kembali permohonan cerai. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube