PERSONALITI media sosial Abang Tesla memberikan ruang dan peluang kepada isteri pertamanya iaitu Nurmajdina menunaikan ibadah umrah bersama Umisya Mazlan pada Isnin. Menurut Abang Tesla atau Muhammad Khal Iltizam Yusry, 29, dia memberikan keizinan kepada isterinya itu menunaikan umrah bersama rakan-rakan perempuan atas tajaan sebuah agensi pelancongan dan umrah. Katanya, umrah itu secara tidak langsung membuka ruang kepada mereka bertukar pandangan dan mendapatkan sokongan antara satu sama lain. Abang Tesla memberi ruang Majdina (kiri) bergaul dengan Umisya untuk berkongsi pandangan. "Kami biarkan bini-bini nombor satu yang pergi. Sebenarnya mereka perlukan circle untuk lepak bersama berkongsi pandangan. "Jadi kami sebagai suami hanya memberi ruang kepada mereka untuk bergaul dengan circle (isteri pertama) pertama," katanya ketika dihubungi mStar. Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di Instagram Abang Tesla, turut kelihatan Ahmad Aslam mengiringi Umisya sebelum berangkat ke Tanah Suci Makkah pada petang Isnin. ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi pandangan isu Marissa dan Aslam, netizen setuju Abang Tesla matang layak poligami ARTIKEL BERKAITAN: Muat naik foto bersama Aslam bukan sebab bersaing, Misya mahu elak fitnah - "Wanita bijak pilih tidak berbalah" Abang Tesla sempat menyapa Aslam dan memberikan nasihat atas pengalamannya yang memiliki dua isteri Malah, dia sempat menasihati Aslam untuk menjadi lebih kuat kerana bukan semua lelaki mampu untuk berdepan ujian seperti mereka. "Saya hanya memberikan nasihat sebagai abang kepada adik. Saya beritahu dia untuk terus kuat kerana bukan semua orang dapat lalui masa-masa sukar seperti ini. "Kalau saya cerita lebih pun orang takkan faham jadi cukuplah saya dan Aslam yang tahu apa yang kami bualkan tadi," ujarnya. Abang Tesla (kiri) sempat memberikan nasihat kepada Aslam. Pada Ogos tahun lalu, Abang Tesla menjadi bualan hangat netizen selepas memuat naik video mengumumkan dirinya sudah berkahwin dua. Bagaimanapun, perkahwinan keduanya itu mendapat restu isteri pertama iaitu Nurmajdina. Lebih membuatkan isu ini hangat apabila Abang Tesla mengeluarkan kenyataan isteri pertama untuk dihargai dan isteri kedua untuk dicintai. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!