SELEPAS mendirikan rumah tangga, bekas anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal dilihat mengambil keputusan memadam foto-fotonya di media sosial. Menerusi tinjaun mStar, Syasya atau Norsyasya Afiqah Shahrizal, 23, hanya meninggalkan empat hantaran dipercayai berkaitan urusan kerja. Syasya hanya meninggalkan beberapa foto dipercayai atas urusan kerja. Selain itu, Syasya turut berkongsi foto terbaharu bersama suami dengan meletakkan kapsyen emoji cinta. Dalam hantaran terbaharu itu, anggota kumpulan Dolla iaitu Sabronzo, Angel dan Tabby meninggalkan ucapan tahniah dan gembira melihat Syasya kini bergelar seorang isteri. ARTIKEL BERKAITAN: Spekulasi sudah bernikah benar, Syasya selamat bergelar isteri pada Sabtu ARTIKEL BERKAITAN: Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla "Adik saya kelihtan sangat cantik seperti selalu, Alhamdulillah," kata Sabronzo. Pada Sabtu, wakil syarikat rakaman Universal Music Malaysia mengesahkan Syasya sudah selamat bergelar isteri. Sebelum itu, foto Syasya manis mengenakan baju rona putih sedang duduk di tepi seorang lelaki memakai baju Melayu di dalam sebuah masjid tular di media sosial. Pada 8 April lalu, Syasya mengumumkan pengunduran dirinya daripada kumpulan Dolla diatas sebab peribadi yang tidak dapat didedahkan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!