suria

Kembali bekerjasama dalam ‘Cinta Putih’, komposer Indonesia sanggup terbang ke Malaysia demi Kat Roshan

Kat mempertarukan karya naharu berjudul Cinta Putih.

SELEPAS lebih tujuh tahun, penyanyi Kat Roshan kembali bekerjasama dengan komposer Indonesia iaitu Chossy Pratama menerusi lagu terbaharu berjudul Cinta Putih.

Lebih istimewa lagi kata Kat atau Katrina Cheng Roshan, 20, lelaki berkenaan sanggup terbang jauh dari Indonesia untuk sama-sama terlibat ketika proses rakaman di Kuala Lumpur.

"Saya amat berterima kasih kerana Chossy sanggup melalui perjalanan jauh dari Timor Timur kemudian ke Jakarta sebelum ke Kuala Lumpur.

kat roshan 1

Kat mendapat bimbingan Chossy (kanan) ketika sesi rakaman.

"Dia datang ke sini untuk sesi rakaman lagu ini. Dia juga terlibat dalam sebuah lagi rakaman lagu baru yang akan dilancarkan tahun ini," katanya.

Bercakap lanjut, Kat memberitahu Chossy juga mengambil inspirasi daripada lagu terdahulu berjudul Oasis untuk dijadikan lirik karya baharu ini.

Malah dia amat berpuas hati selepas Chossy menghantarkan rakaman demo lagu berkenaan sebagai single terbaharunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tampil single pertama pada usia 44 tahun, Diana Nazyra bukti rintangan tak halang realisasi impian

ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun cuba cipta nama belum ada hasil, Faez Malek lali ditolak tapi tak putus asa - “Tak tergamak cipta kontroversi”

"Pada mulanya dia memberitahu tidak mempunyai lirik mahupun konsep untuk menulis.

"Kemudian dia mendapat ilham daripada salah sebuah lagu saya sebelum ini. Dalam video muzik lagu berkenaan saya memakai baju berwarna-warni, tetapi Chossy menulis sesuatu bertentangan dan hasilnya adalah warna putih bersih.

"Cinta Putih sebenarnya membawa erti cinta yang murni dan masih suci," jelasnya.

kat roshan 2

Kat harap lagu baharunya diterima baik peminat.

Kerjasama yang pernah terjalin sebelum ini membuatkan Chossy cukup memahami isi hati Kat dan mudah untuk menghasilkan sebuah karya bersesuaian.

Malah Chossy juga memberi kebebasan buat Kat untuk menterjemah emosi ketika proses rakaman dijalankan.

"Chossy berkata saya bebas untuk mentafsir lagu genre balada ini mengikut perasaan dan emosi itu akan terserlah ketika menyanyi," jelasnya.

Kat sebelum ini mencipta kejayaan tersendiri apabila bekerjasama dengan penyanyi Korea Selatan iaitu Su Jin menerusi lagu Going Crazy Wild yang dilancarkan tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain