suria

Rupanya Ain Edruce pandai petik gitar, trauma masa belajar punca berhenti main alat muzik

Ain tunjuk bakat bermain gitar pula.

PELAKON dan pengacara Ain Edruce berkongsi kegembiraan apabila menerima hadiah sebuah gitar jenama Gibson daripada suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa.

Kata Ain atau Nurulain Edruce, 33, dia sangat berdebar ketika menerima hadiah tersebut memandangkan dia sudah lama tidak bermain alat muzik berkenaan.

"Mengimbas kembali ketika Amirul bagi hadiah ulang tahun kelahiran yang buat aku gementar.

mirul 2

Ain ketika membuka hadiah daripada suaminya.

"Sebenarnya aku dah lama berhenti gitar sebab aku trauma masa belajar dulu," katanya.

Ain berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang turut memaparkan dia menjerit kegembiraan saat membuka hadiahnya.

Menerusi video yang dikongsikan itu juga, dia turut berlari ke arah suaminya kerana terlalu gembira.

Enggan menghampakan suaminya, dia berjanji untuk berlatih bermain gitar kembali sekali gus melawan rasa traumanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak pernah rasa sakit macam ini” - Ain Edruce keguguran, impian timang anak kedua tidak kesampaian

ARTIKEL BERKAITAN: Anak diserang sawan, Ain Edruce tinggalkan set Melodi selepas dapat panggilan kecemasan

Malah menerusi hantaran berbeza, dia juga berkongsi kecekapannya bermain gitar melalui lagu Mimpi Yang Sempurna yang dipopularkan Peterpen.

"Susah betul tapi disebabkan dia beli kena belajar balik.

"Perlahan-lahan Ain. Nanti okaylah itu. Terima kasih Amirul! Sayang awak!," katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum melihat sokongan Amirul terhadap isterinya.

Bukan itu sahaja, rakan-rakan selebriti turut menawarkan diri untuk menjadi vokalis kumpulan Ain memandangkan dia memiliki kelengkapan jamming.

ain e

Netizen puji Amirul sebagai suami yang memahami.

"Mesti Amirul beli sebab dah tak larat Ain ajak main TikTok selalu.

"Amirul sayang isteri sebab itu dia belikan benda yang isteri dia minta.

"Dah boleh buat band, rumah dia dah lengkap macam tempat jamming," antara komen ditinggalkan.

Untuk rekod, Ain mendirikan rumah tangga bersama Amirul pada 2019 dan memiliki cahaya mata yang kini berusia empat tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain