suria

Hati-hati terima hadiah makanan, Saixse abai mesej pelik di media sosial

Saixse terima baik setiap komen peminat.

MULA dikenali selepas melancarkan single pertama berjudul Malam Pagi, penyanyi rap Saixse memberitahu populariti bukanlah satu perkara mudah buatnya.

Meskipun sudah biasa dengan dunia senia, Saixse, 22, dalam masa sama bimbang sekiranya ada mahu mengambil kesempatan terhadapnya.

Justeru penyanyi ini amat berhati-hati terutama apabila menerima hadiah peminat.

saixse 3

Saixse enggan layan mesej pelik peminat.

"Awal dahulu mungkin belum biasa, tetapi sekarang saya seronok bertemu peminat. Cuma kalau terima hadiah makanan saya akan lebih berhati-hati.

"Itu pendirian saya dan kita sendiri kena tahu kesannya," katanya kepada mStar.

Terbaharu Saixse melancarkan lagu kedua berjudul Mantap Cuy yang merupakan kolaborasi Bersama Kidd Santhe dan personality media social terkenal dari Indonesia iaitu Atta Halilintar.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki dakwa lirik ‘Malampagi’ selit unsur lucah, Saixse seronok pendengar dapat berfikir... “Janganlah terlalu ke arah tak elok”

ARTIKEL BERKAITAN:

Tambah penyanyi ini, sebagai seorang artis dia juga terbuka untuk menerima sebarang komen membina sebagai penambahbaikan kariernya.

Bercakap tentang gangguan mesej di media sosial, Saixse ada pendirian sendiri untuk tidak melayan jika dirasakan keterlaluan.

"Hidup saya macam biasa sahaja, sebagai rapper saya kerja akan terus kerja seperti masuk ke studio atau ikuti jadual persembahan.

Namun saya amat terbuka menerima sebarang komen. Apa sahaja pendapat peminat saya ambil

SAIXSE

PENYANYI

"Ada juga terima mesej-mesej pelik di media sosial namun saya ambil pendekatan untuk tidak melayan. Jika rasakan ada sesuatu tidak kena, saya akan abaikan terus.

"Namun saya amat terbuka menerima sebarang komen. Apa sahaja pendapat peminat saya ambil," ujarnya.

Bercerita tentang kolaborasi Bersama Atta, penyanyi ini menganggap ia sebagai peluang terbaik buatnya.

Malah Saixse dan Kidd amat berbesar hati apabila Atta sudi bekerjasama tanpa melibatkan kos yang besar.

saixse 2

Kolaborasi Kidd (kiri), Atta dan Saixse dalam Mantap Cuy.

"Atta seorang yang amat merendah diri. Seronok dapat bekerjasama dengannya.

"Pelaburan untuk bekerjasama dengan Atta adalah 'kosong'. Dalam menghasilkan sesebuah lagu bagi saya nilai itu tidak penting. Apa yang menjadi keutamaan adalah minat yang mendalam," jelasnya.

Mamtap Cuy merupakan ciptaan bersama Kidd dan Saixse sendiri manakala Atta pula turut terlibat menulis sebahagian lirik lagu berkenaan.

Muzik video lagu ini dirakamkan di Indonesia dan mula ditayangkan di saluran YouTube Kidd Santhe bermula 30 April lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan