KELIBAT pelakon Fathia Latiff ketika menghadiri ke acara rumah terbuka kenalannya baru-baru ini mencuri perhatian netizen. Netizen meluahkan rasa pelik dengan wajah Fathia atau Nur Fatiya Abdul Latif, 37, yang kelihatan bengkak dan lebih berusia berbanding umur sebenar. Malah ada membandingkan wajah pelakon itu dengan Rozita Che Wan ketika mereka mengambil gambar bersama. Netizen terkerjut dengan wajah sebenar Fathia. Dalam video tersebut, Fathia mengenakan baju berwarna beige sambil tersenyum ketika berdiri di belakang Rozita untuk mengambil gambar. Pada awalnya ramai tidak perasan wanita tersebut adalah Fathia kerana wajahnya kelihatan cukup berbeza. Menjengah ke ruang komen, ramai terkejut melihat wajah sebenar aktres itu kerana sebelum ini Fathia menggunakan filter di laman sosial miliknya. ARTIKEL BERKAITAN: Berpakaian ketat ketika main bola keranjang, netizen minta Fathia Latiff jaga bentuk tubuh ARTIKEL BERKAITAN: Tuduhan menjadi kafir sangat berat, Fathia masih seorang Muslim "Dia salah buat muka, terlalu ubah-ubah. Itu yang selalu guna filter untuk tutup. "Terkejut tengok muka Fathia, keras kejung senyuman macam buat botoks. Fathia nampak macam makcik Che Ta, nampak tua sangat," antara komen netizen. Sejak Januari lalu, Fathia menjadi bualan ramai apabila kerap berkongsi luahan dan pendapat di media sosial yang mengundang kontroversi. Ini termasuk menyamakan wajah aktres Zahirah seperti pembantu rumah. Antara komen yang ditinggalkan netizen di selepas melihat Fathia. Tidak cukup dengan itu, Fathia turut menyerang bekas teman lelakinya iaitu pelakon Aiman Hakim Ridza yang juga suami kepada Zahirah. Dalam beberapa siri luahan, Fathia mendakwa Aiman masih menyayanginya dan meminta pelakon itu memohon maaf. Fathia turut 'berperang' mulut dengan bekas teman baiknya iaitu Zarina Anjoulie. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!