suria

Hail Amir sedang dirawat akibat jangkitan kuman paru-paru, keluarga tak terima pelawat

Anak minta orang ramai doakan kesembuhan Hail.

PENYANYI veteran Datuk Hail Amir sedang menerima rawatan akibat jangkitan paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak Sabtu lalu.

Menurut anak perempuannya yang dikenali sebagai Cinta memaklumkan doktor juga sudah memulakan rawatan dengan memberikan antibiotik bagi mengawal jangkitan tersebut.

"Datuk Hail kini sedang menjalani rawatan untuk jangkitan paru-paru di HKL.

hail 5

Anak minta beri ruang Hail untuk berehat ketika ini.

"Sedang diberikan antibiotik untuk merawat infeksi tersebut," katanya ringkas kepada mStar.

Dalam pada itu, pihaknya juga berharap orang ramai memberi ruang kepada penyanyi Wajah Kesayangan Hamba itu mendapat rawatan sebaiknya.

Malah pihak keluarga turut berterima kasih atas keperihatinan ditunjukkan dan berharap orang ramai mendoakan kesembuhan penyanyi berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hail Amir masuk hospital akibat batuk, Farouk Hussain kongsi keadaannya semakin tenat

ARTIKEL BERKAITAN: Hail Amir, suami Salwa Abdul Rahman dapat anugerah bergelar Datuk

"Kami juga memohon agar diberikan ruang untuk Datuk Hail mendapatkan rawatan secukupnya tanpa gangguan dengan tidak menerima pelawat buat masa ini.

"Apa yang Datuk Hail lebih perlukan adalah doa agar diberikan kesembuhan daripada kalian semua. Terima kasih kerana mendoakan dan memahami keadaan," katanya lagi.

Sebelum ini, pelakon Farouk Hussain memaklumkan Hail atau Abdul Hail Amir, 77, berada dalam keadaan tenat semasa dia menziarahinya di hospital.

Katanya, Hail sukar berkomunikasi selain tidak mengenali orang yang datang menziarahinya.

Pada 2018, Hail pernah dimasukkan dalam wad akibat masalah jantung selepas mengadu sakit dada.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain