suria

‘I Will Always Love You’ dianggap tak sesuai di majlis kahwin, Tyra minta bertenang - “Ikutkan nak lagu Everyday I'm Shuffling”

Tyra memuji persembahan Aina Abdul yang mendendangkan lagu I Will Always Love You.

MAJLIS perkahwinan mewah pempengaruh media sosial Tyra Kamaruzzaman yang berlangsung pada Sabtu lalu menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.

Bukan hanya persalinan cantik bertemakan Puteri Gunung Ledang yang digayakan Tyra mendapat perhatian, malah hiasan dewan serta meja makan turut menjadi topik perbualan ramai.

Namun di sebalik pujian melambung tentang majlis berkenaan, ada pula kurang senang dengan persembahan artis jemputan iaitu Aina Abdul yang tampil mendendangkan lagu nyanyian asal Whitney Houston iaitu I Will Always Love You.

tyra 2

Tyra menjelaskan salah faham itu di Instastory miliknya.

Menerusi ciapan yang dimuat naik seorang pengguna X, individu berkenaan kurang setuju lagu tersebut dinyanyikan ketika majlis perkahwinan.

Menurut individu tersebut, lagu yang merupakan ciptaan asal Dolly Parton itu menceritakan tentang perpisahan dan bukannya kisah cinta.

Menjawab mengenai perkara tersebut, Tyra atau Athirah Kamaruzzaman, 25, menjelaskan lagu tersebut merupakan salah satu karya kegemaran suaminya iaitu Emran Rijal.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedar diri tiada bakat, Tyra Kamaruzzaman tak minat jadi pelakon... “Baik beri peluang kepada mereka yang layak”

ARTIKEL BERKAITAN: Afifah Nasir sah bergelar isteri Syed Hariz

"Bertenang la. Kita tak minta pun lagu itu tetapi ia sangat menyenangkan mendengar lagu Whitney Houston dinyanyikan oleh Aina Abdul.

"Ia juga lagu kegemaran Emran daripada Whitney," katanya.

Tyra menulis perkara tersebut di Instastory miliknya pada Ahad.

tyra 3

Majlis resepsi Tyra dan Emran menjadi perhatian ramai.

Dalam pada itu, Tyra memuji kehebatan suara Aina sehingga membuatkan ramai tetamu kagum sehingga lupa maksud sebenar lirik lagu tersebut.

"Tiada siapa yang memberi perhatian kepada maksud lagu itu. Semua terpesona dengan suara Aina. Semua orang juga tahu lagu itu," ujarnya.

Dalam hantaran sama, Tyra juga sempat berseloroh untuk bebas memilih apa sahaja lagu sempena meraikan hari bahagianya bersama Emran.

tyra 1

Aina dijemput sebagai penyanyi undangan perkahwinan Tyra dan Emran.

"Kalau ikutkan, saya nak lagu Everyday I'm Shuffling. Majlis kahwin saya, jadi suka hati saya nak pilih lagu apa," jelasnya.

Tyra sah bergelar isteri kepada Emran yang juga merupakan seorang pereka fesyen dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung pada Jumaat.

Pasangan ini kemudian diraikan dalam satu majlis resepsi di sebuah hotel pada malam Sabtu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain