KEJAYAAN penganjuran Konsert Zikir Dikir di Kuala Terengganu pada Jumaat lalu memberi semangat buat penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun meneruskan acara serupa di lokasi berbeza. Hafiz atau Mohammad Hafiz Hamidun, 40, berkata, dia dalam perancangan mengadakan edisi kedua di Lembang Klang dengan skal lebih besar. Meskipun berdepan pelbagai cabaran dalam penganjuran sebelum ini, namun Hafiz tidak pernah berpatah semangat dan banyak belajar dalam menambahbaik menerusi program akan datang. Hafiz yakin Konsert Zikir Dikir ada kelompok peminat tersendiri. "Walaupun penganjuran di Kuala Terengganu ada berdepan masalah tetapi kami tetap berjaya mengatasinya dan melaksanakan konsert dengan baik. "Jadi saya harap konsert seterusnya di Lembah Klang akan berjalan lancar. "Saya kini dalam perancangan untuk membawa konsert seterusnya ke Lembah Klang dengan persembahan berbeza dalam skala lebih besar," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Bekas kekasih wanita Indonesia meninggal dunia akibat Covid-19, Hafiz Hamidun belum putus asa cari jodoh ARTIKEL BERKAITAN: “Ramai tawar diri nak jadi kekasih”... Hafiz Hamidun dah ada teman istimewa, beri bayangan wanita seberang Konsert Zikir Dikir yang berlansung di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu itu dihadiri kira-kira 1,000 penonton terdiri daripada pelbagai latar belakang serta lapisan umur. Bukan sekadar bertindak sebagai penganjur, malah Hafiz juga merupakan penyanyi utama konsert berkenaan selain penampilan ikon dikir barat iaitu Halim Yazid. Tampil dengan corak persembahan berbeza menerusi gabungan dikir barat serta zikir, Hafiz turut memuji komitmen Halim yang memberi kerjasama baik sejak perancangan awal dibuat sejak Januari lalu. Gabungan dikir barat dan zikir jadi tarikan dalam konsert anjuran Hafiz. "Sejurus selepas sidang media pengumuman konsert, saya dan pasukan memang setiap hari bekerja keras untuk memastikan konsep baharu dapat dibawa, sekali gus diterima baik ramai pihak. "Saya perhatikan komitmen ditampilkan Halim pada konsert ini memang di luar jangkaan. Bekerja dengan dia juga sangat menyenangkan dan tidak memberi sebarang tekanan kepada saya sepanjang bekerjasama," ujarnya. Konsert berkenaan menampilkan tiga segmen berbeza di mana pada hujung persembahan mempamerkan gabungan menarik muzik dikir bakat bersama lagu-lagu zikir yang dicipta oleh Hafiz sendiri. Bagi Hafiz konsep persembahan sebegini pasti ada peminat tersendiri meskipun kini semakin banyak bentuk hiburan serta acara konsert yang sedang dan bakal berlangsung. "Walaupun saya tahu di luar sana ada macam-macam jenis persembahan hiburan, tetapi yang mengangkat elemen Islamik tidak banyak. Konsep sebegini tidak ada kurangnya, cuma yang penting kandungan diketengahkan," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!