suria

Macam tiada harapan, Datuk Red reda jika terpaksa cerai isteri pertama... Kekalkan hubungan baik dengan Adira

Adnan terima hakikat dan mulakan hidup baharu.

USAHAWAN Datuk Seri Adnan Abu reda sekiranya rumah tangga bersama isteri pertama juga berakhir dengan perceraian seperti mana yang terjadi antara dirinya bersama penyanyi Adira.

Adnan atau mesra disapa Datuk Red, 46, akur sekiranya keputusan untuk bercerai adalah yang terbaik buat dirinya dan juga Datin Seri Sharifah Norshafil Hassim.

"Jika dilihat secara atas kertas memang sudah tiada harapan. Mungkin selepas ini saya akan hidup single.

TOP red2 - 1

Rumah akur sekali lagi gagal dalam rumah tangga.

"Bagaimanapun kehidupan perlu diteruskan. Selepas ini saya kena fokus bangkit demi anak-anak dan juga membayar hutang terdahulu," katanya.

Adnan ditemui semasa majlis rumah terbuka mStar yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu.

Perbicaraan cerai antara Adnan dan isterinya itu dijadualkan pada 14 Mei ini di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Saya, Adnan Abu ceraikan Adira Suhaimi dengan talak satu”

ARTIKEL BERKAITAN: Macam tak percaya dah bercerai, Datuk Red masih datang rumah Adira

Pada 24 April lalu, Adnan dan Adira sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, Selangor.

Bercakap tentang fasa kehidupan selepas bercerai, Adnan memberitahu ia bukanlah suatu yang mudah untuk dilalui.

Bagaimana dia dan Adira terus mengekalkan hubungan baik demi empat orang cahaya mata bersama.

Kalau boleh kami mahu jadi contoh pasangan bercerai yang terus mengekalkan hubungan baik tanpa perlu turun naik mahkamah

DATUK SERI ADNAN

"Mestilah ada rasa kecewa selepas bercerai dengan Adira. Dia adalah saya, jadi bukan mudah untuk saya terima perpisahan antara kami.

"Namun di sebalik itu, rasanya kami ini lebih elok sebagai sahabat. Walau sudah bercerai kami masih baik. Cuma apabila Adira sudah ada pengganti nanti mungkin hubungan ini jadi renggang.

"Kalau boleh kami mahu jadi contoh pasangan bercerai yang terus mengekalkan hubungan baik tanpa perlu turun naik mahkamah," jelasnya.

red 1

Adira dan Adnan masih kekalkan hubungan baik selepas bercerai.

Untuk rekod Adnan dan Adira bernikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob, 3 tahun.

Manakala perkahwinan dengan Sharif pula dikurniakan lima orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain