suria

Penyanyi veteran A. Halim meninggal dunia akibat angin ahmar

A. Halim meninggal dunia akibat angin ahmar.

PENYANYI era 1960-an, A. Halim disahkan meninggal dunia di Hospital Penawar, Pasir Gudang, Johor pada pukul 10.30 pagi, Khamis .

A. Halim atau nama sebenarnya Abdul Halim Mohammad Diah menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun akibat angin ahmar.

a halim 2

A. Halim aktif menyanyi di Malaysia dan Singapura.

Berita duka tersebut dikongsi oleh Setiausaha Persatuan Seniman Malaysia, Hafiz Nafiah yang turut memaklumkan jenazah akan dikebumikan di kampung halamannya di Masai, Johor.

Untuk rekod, A.Halim merupakan seorang penyanyi irama pop yeh yeh yang mula aktif sekitar tahun 1960-an.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi veteran Hail Amir meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Jaafar Onn meninggal dunia

Allahyarham juga sebelum ini pernah menjadi vokalis untuk beberapa buat kumpulan termasuk De’ Fictions, Kumpulan The Wanderers dan Kumpulan The Wisma.

Antara lagu-lagu popular yang pernah dinyanyi adalah seperti Dendang Terakhir, Kisah dan Harapan, Bermusim dan Cendrawasih.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain