GARA-GARA terlalu lantang bersuara, timbul salah faham dalam pengurusan Caliph Buskers sehingga menyebabkan pemain dram iaitu Fendy mengumumkan pengunduran dari kumpulan berkenaan. Digugurkan daripada kumpulan itu pada Ahad lalu, Fendy atau Fendy Adlun, 33, berkata keputusan dibuat itu bukanlah kerelaan hatinya. "Apa yang boleh dikatakan memang saya dibuang sejak Ahad lalu. Pemberitahuan itu dibuat hanya melalui Whatsapp sahaja. Puncanya berlaku sedikit salah faham dan mungkin disebabkan saya pernah melontarkan idea yang terlalu keras. Fendy mengakui dirinya digugurkan atas sebab salah faham. "Sebenarnya dah lebih dua bulan kami tiada undangan persembangan. Jadi antara ahli, kami berbincang serta bertukar idea untuk perancangan Caliph Buskers. Dari situ cuba beri idea agar tukar pengurusan. "Salah seorang ahli tidak bersetuju dan katanya kalau mahu teruskan Caliph Buskers lebih baik saya tidak lagi bersama mereka. Ayat tersebut sudah cukup jelas. Kemudian Ahad lalu saya dimaklumkan tentang perkara ini," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis. Fendy sebelum itu berkongsi berita berkenaan menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook miliknya pada Rabu. ARTIKEL BERKAITAN: Tiga tahun menduda, Fendy (Caliph Busker) sudah jumpa pengganti... Cari isteri untuk jaga anak ARTIKEL BERKAITAN: Poket kosong pergi buat show, sekarang Caliph Busker terpaksa merayu minta bayaran... “Sampai hati kau kenakan orang buta” Tambah Fendy meskipun sedih dengan keputusan tersebut namun dia perlu menerima hakikat dan pengumuman yang dibuat bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan peminat. "Mestilah sedih sebab sudah 10 tahun kami bersama. Kami bermula dari bawah sehinggalah pernah menang anugerah dan buat show di Singapura. Saya antara anggota asal Caliph Buskers dan tidak pernah tinggalkan kumpulan ini. "Namun saya terima keputusan tersebut. Saya juga umumkan di laman sosial supaya tiada lagi timbul salah faham. Dalam masa sama agar orang tahu sekarang saya sudah bergerak sendiri. Lebih dua bulan kami tiada undangan persembangan FENDY BEKAS ANGGOTA CALIPH BUSKERS "Soal perancangan masa depan masih belum fikir apa hendak saya buat. Cuma saya masih ada banyak lagu baharu yang belum rakam," ujarnya. Menurutnya lagi meskipun berlaku salam faham dalam kalangan anggota, dia enggan menyimpan dendam dan mahu fokus kepada kerjaya dalam muzik. Bagaimanapun Fendy memberitahu dia tidak mungkin akan kembali bersama kumpulan itu dalam masa terdekat. Fendy enggan menyimpan dendam, sebaliknya fokus pada kerjayanya. "Dalam 10 atau 20 tahun akan datang kita tidak tahu... tetapi jika ditanya sekarang, tak mungkin saya akan kembali bersama mereka. Orang dah buang, kenapa perlu terhegeh-hegeh mahu kembali. "Saya sekarang dah move on... kalau jumpa mereka untuk minum bersama saya tiada masalah, cuma mungkin ideologi kami dalam muzik tidak sama," jelasnya. Selain Fendy, kumpulan ini turut dianggotai oleh Azmi Saat, Nirwan Zainalabidin dan Zaki Ismail. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!