suria

Tercapai hasrat Afifah Nasir nak tengok Judika menyanyi, dapat hadiah tiket konsert di Singapura

Hasrat Afifah tercapai dapat menyaksikan konsert Judika.

HASRAT pelakon Afifah Nasir untuk menonton persembahan Judika akhirnya tercapai apabila dia ditawarkan tiket konsert penyanyi itu di Singapura pada 8 Jun nanti.

Pihak pengurusan Judika iaitu Sah Entertaiment menghubungi Afifah dan memaklumkan yang mereka berbesar hati untuk memberikan tiket percuma untuk pasangan itu sebagai hadiah perkahwinan.

"Kami terbaca yang Judika tak dapat hadir pada majlis Afifah, sebagai hadiah perkahwinan.

Copy of Untitled (85)

Afifah berkongsi tangkap layar tersebut.

"Kami memberi dua tiket konsert untuk Afifah dan suami ke konsert Judika di Singapura pada 8 Jun nanti," katanya menerusi mesej (DM) kepada Afifah.

Afifah sempat berkongsi tangkap layar mesej yang dihantar kepadanya dalam satu hantaran di Instastory.

Teruja dengan hadiah perkahwinan istimewa tersebut, Afifah menjelaskan ini perkara yang paling manis terjadi buat dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Semua impian perkahwinan Afifah Nasir berjaya direalisasikan kecuali bawa Judika menyanyi

ARTIKEL BERKAITAN: Suami rupanya abang kawan baik, Afifah Nasir tak sedar jodoh depan mata

"Awwww, benda yag paling manis pernah berlaku," katanya dalam hantaran yang sama.

Sebelum ini, Afifah meluahkan kekecewaan apabila tidak dapat mengundang penyanyi terkenal Indonesia itu ke majlis perkahwinannya pada 5 Mei lalu.

Untuk rekod, Afifah sah bergelar isteri kepada Syed Hariz mengikat tali pertunangan sejak Februari lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain