PELAKON Amar Baharin menjelaskan dia berkongsi masalah isu pertindihan tanah milik ibunya di media sosial kerana sudah 10 tahun bersabar menanti penyelesaian daripada pihak berkaitan. Amar atau Amar Mohd Baharin, 39, berkata, sepanjang tempoh itu, dia dan ibunya iaitu Norhayati Abd Aziz sudah melakukan pelbagai cara bagi menyelesaikan masalah tersebut namun tidak berhasil. "Ibu saya dapat tahu sejak masalah ini sejak 2011. Mereka menjanjikan untuk menggantikan tanah yang baru sejak 2014. Sekarang dah 2024. "Bagi saya tempoh 10 tahun itu satu tempoh yang lama untuk mereka buat keputusan memberikan tanah yang baru. Perkongsian Amar yang dimuat naik di media sosial. "Jadi disebabkan itu saya kongsikan di media sosial dan hasilnya kerja mereka jadi cepat dan laju," kataya kepada mStar. Amar berkongsi perkara itu ketika ditemui di rumah terbuka dan sambutan 25 tahun Global Stesen Sdn Bhd yang diadakan di Kemensah Heights, Kuala Lumpur pada malam Khamis. Dalam pada itu, Amar terpaksa berkeras untuk menyelesaikan kemelut ini kerana ingin menunaikan hasrat ibunya yang meminta isu tersebut diselesaikan sebelum dia meninggal dunia. Kata Amar, dia berusaha menggembirakan hati ibunya, tambahan pula bapanya Mohd Baharin Amir baharu sahaja meninggal dunia pada tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Dah bayar mahal tapi hasil tak memuaskan... Amar Baharin malas panjang cerita, upah kontraktor baharu ubah suai rumah ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Amar Baharin meninggal dunia "Ibu pernah beritahu kalau boleh dia nak selesaikan isu ini sebelum meninggal dunia. Jadi perkara itu sangat menyentuh hati saya. Saya akan cuba berusaha untuk mendapatkan semula hak kami. "Saya buat ini semua hanya untuk gembirakan ibu saya. Dia selalu suarakan tentang hal ini, jadi saya sebagai anak kesian melihat dia. "Ayah saya baru meninggal dunia tahun lepas. Ibu dan ayah berusaha untuk menyelesaikan isu ini sudah terlalu lama," ujarnya. Sementara itu, Amar juga memaklumkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor sudah pun menjanjikan pemilikan tanah lot baharu bagi menggantikan pertindahan tanah berkenaan. Mereka (PTG) menjanjikan untuk menggantikan tanah yang baru sejak 2014. Sekarang dah 2024. AMAR BAHARIN PELAKON Bagaimanapun aktor berkenaan tidak mahu mengulas lanjut tentang perkara itu kerana dia belum menerima sebarang dokumen hitam putih daripada pihak PTG. "Berita terbaharu info yang saya dapat, PTG beritahu mereka sudah ada tanah yang sesuai untuk digantikan. "Ini satu berita yang menggembirakan tetapi saya tidak boleh kongsikan lebih lanjut kerana belum ada hitam putih. Kalau ada sebarang info terkini saya akan kongsikan," katanya. Amar ingin menunaikan hasrat ibunya (tengah) mendapatkan hak mereka semula. Sebelum ini, Amar menuntut penjelasan PTG Selangor berhubung kes tanah milik keluarganya yang terletak di Semenyih dikesan dikeluarkan geran kepada orang lain secara tidak sah. Pelakon tersebut turut mempersoalkan pihak yang meluluskan geran kedua untuk individu lain selain bayaran penjualan tanah itu diberi kepada siapa sedangkkan cukai tanah dibayar oleh ibunya. Perkongsian yang dibuat oleh Amar turut mendapat perhatian Menteri Besar Selangor iaitu Datuk Seri Amirudin Shari yang mendedahkan isu membabitkan tanah milik keluarga aktor berkenaan bukanlah kes pertama di negeri ini. Kata beliau, siasatan mendapati terdapat beberapa kes seumpama itu berlaku berikutan sistem perekodan dilaksanakan secara manual sebelum ini. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!