suria

Ayden janji tak akan buat Bella Astillah sedih, mahu jaga keluarga bila sudah besar

Bella akui anak-anaknya adalah anugerah terbaik buat dirinya.

PELAKON Bella Astillah sebak sehingga mengalirkan air mata mendengar ucapan istimewa dari anak lelakinya, Ayden Adrean bersempena hari ibu.

Dalam ucapan tersebut, Ayden, 7, berjanji untuk menjaga kedua ibu dan adiknya apabila dewasa dan mengingatkan ibunya untuk sentiasa menjaga kesihatan apabila bekerja.

"Ayden janji dekat mummy, Ayden tak akan buat mummy sedih. Nanti bila Ayden sudah besar, Ayden akan jaga mummy dan adik.

Copy of Untitled (93)

Bella tidak henti menitiskan air mata ketika mendengar ucapa Ayden.

"Mummy jangan kerja sampai penat tau nanti mummy sakit. Mummy adalah ibu terbaik dalam dunia, selamat hari ibu. Saya sayang mummy!" katanya.

Bella mendengar ucapan tersebut ketika hadir ke konti Era FM pada Jumaat.

Ayden juga sempat menyanyikan beberapa rangkap lagu 'Ibu Ratu Hatiku' pada akhir ucapannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak-anak tak tahu kes panas ini, Bella Astillah bagi alasan Aliff sibuk kerja

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada wanita boleh buat Aliff Aziz sempurna selain Bella Astilah, rasa diri gagal jadi lelaki... Minta maaf dengan anak-anak

Turut menemani Bella, ibunya, Zarina Astillah dilihat tidak henti menitiskan air mata sepanjang ucapan tersebut dimainkan.

Dalam pada itu, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, memberitahu anak-anaknya merupakan anugerah paling bermakna dalam hidupnya.

Jelasnya, dia hanya fokus untuk menghargai orang yang menyayanginya kerana percaya perasaan itu tidak akan selamanya kekal.

Copy of Untitled (94)

Bella bersyukur anak-anak merupakan sumber kekuatannya.

"Ini adalah hadiah hari ibu yang terbaik, Ayden dan Ara adalah hadiah terbaik buat saya.

"Bella nak cakap kita kena sentiasa hargai orang yang sayangkan kita sebab tak selamanya orang itu akan ada dengan kita," ujarnya.

Selain Ayden, Bella dikurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan iaitu Ara Adreanna, 3, hasil perkahwinan dengan pelakon Aliff Aziz pada 9 September 2016.

Pasangan itu ketika ini sedang dalam proses penceraian selepas Bella memfailkan cerai terhadap Aliff pada 13 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain