suria

Tak rebut tapi jangan pisahkan, Aliff Aziz serah hak penjagaan 2 anak kepada Bella Astillah

Aliff mahu menjalankan tanggungjawab terhadap anak-anaknya dengan baik.

PENYANYI Aliff Aziz mengambil keputusan menyerahkan hak penjagaan dua anaknya kepada isteri Bella Astillah jika mereka bercerai kelak.

Aliff, 33, berkata, dia cuma berharap Bella tidak akan menghalangnya menjalankan tanggungjawab sebagai bapa dan tidak dihalang daripada bertemu dengan mereka.

"Jika pencerian ini berlaku, hak penjagaan anak-anak kepada ibu, saya tidak akan melawan hak keputusan penjagaan.

Aliff anaj

Aliff bersama dua orang anaknya Ayden dan Ara.

"Cuma saya berharap dapat hak seperti melawat, bermalam bersama anak-anak sebab tak mahu pertalian di antara kami terputus atau dihalang," katanya.

Aliff berkongsi perkara itu ketika muncul menerusi temu bual bersama program hiburan Melodi yang disiarkan pada Ahad.

Dalam pada itu, Aliff berjanji akan memberi kerjasama berhubung proses penceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan yang akan disebut semula pada 4 Jun depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz suruh Muaz Zabir tutup mulut, tak halal perbuatan ganggu rumah tangganya

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz menangis lagi, menyesal keluarkan cerita buruk tentang Bella Astillah

Kata Aliff, dia mengaku kekhilafan dirinya dan menganggap ia sebagai langkah memperbaiki diri ke arah lebih baik selepas ini.

"Saya pun tak tahu apa yang akan datang, sebagai seorang yang sudah mengakui kekurangan diri, tiada benda lagi perlu dipertahan.

"Segala prosiding yang akan berlaku saya akan menanganinya bila sampai waktunya. Ini adalah perjalanan saya untuk jujur dan memperbaiki diri sendiri," ujarnya.

2343517

Aliff dan Bella dalam proses penceraian buat kali kedua.

Pada 13 Mac lalu, Bella memfailkan cerai secara ekspres terhadap Aliff susulan aktor asal Singapura itu ditangkap khalwat dengan pelakon Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Bagaimanapun pada sebutan kedua kes tersebut pada 4 April lalu, Aliff enggan menceraikan Bella kerana masih menyayangi isterinya dan mahu menyelamatkan rumah tangga mereka.

Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna yang berusia 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain