suria

Awal Ashaari ‘struggle’ cari rezeki, kemewahan bukan datang bergolek

Kenyataan Awal menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak.

GARA-GARA berkongsi pendapat mengenai isu ‘Block Out 2024’ yang kini hangat diperkatakan netizen, tidak semena-mena gaya hidup mewah pengacara Awal Ashaari menjadi bualan.

Tampil menjawab mengenai perkara itu, Awal atau Ahmad Awaluddin Ashaari, 42, mengakui bukan mudah dia mencari rezeki bagi menyara keluarganya.

Malah, apa dimiliki hari ini bukan diperoleh dengan mudah dan dia juga perlu menjalani kehidupan seperti orang lain.

awal 1

Awal membalas komen di sosial media.

“Awak tak tahu struggle saya. Orang kata besar periuk, besarlah keraknya.

“Kemewahan bukan datang bergolek. Kena kerja dan usaha juga. Bulan-bulan kena bayar juga. Bukan percuma,” katanya.

Awal menjelaskan perkara tersebut bagi membalas komen seorang pengguna media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Wardina juga pernah jadi duta jenama ‘Israhell’... Awal Ashaari kecewa guna agama pecah belahkan artis

ARTIKEL BERKAITAN: Naim Daniel buat laporan polis, Scha Alyahya pun tak teragak-agak ambil tindakan sama jika terima ancaman

Menerusi komen yang diterima itu, netizen beranggapan kenyataan Awal menyebutr mengenai ‘struggle’ tidak sesuai kerana ramai lagi yang melalui fasa sukar demi kelangsungan hidup.

Pada Selasa lalu, Awal menyelar tindakan seorang individu menyenaraikan namanya sebagai salah seorang selebriti yang mempromosikan jenama pro Israel.

awal 2

Awal bekerja keras untuk mendapat apa yang dimiliki.

Dalam hal ini, Awal berkata setiap individu ada cara tersendiri menunjukkan sokongan terhadap Palestin.

Malah gerakan boikot ini juga sedikit sebanyak telah menimbulkan perbalahan dalam kalangan selebriti.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain