SIMPATI nasib menimpa saudara Islam di Palestin, personaliti media sosial Maryam You Narae tidak henti-henti mendoakan kesejahteraan mereka semasa melakukan ibadah umrah pada Mac lalu. Cakna dengan situasi getir yang sedang berlaku, Maryam, 32, bagaimanapun berkata dia lebih selesa untuk tidak menunjuk-nunjuk sumbangan kecil yang dilakukan untuk penduduk di negara berkenaan. "Saya sentiasa menyokong Palestin dan sering mendoakan mereka. Malah sewaktu saya melakukan umrah memang sejujurnya saya titipkan doa buat saudara Islam kita di sana. Maryam tidak suka menunjuk kebaikan yang dilakukan. "Tapi saya tak tunjuk sahaja kerana saya tidak kongsi semua perkara yang saya lakukan," katanya kepada mStar. Maryam berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikan jenama L.Soulle yang diadakan di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur pada Sabtu. Dalam pada itu, Maryam memberitahu segala kebaikan yang dilakukan adalah daripada hati yang ikhlas dan yakin Allah SWT sahaja yang mengetahui niatnya itu. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hilang wang tiada bandingan dengan nyawa, Ryzal Ibrahim ikut jejak langkah Daiyan Trisha ARTIKEL BERKAITAN: Percutian ke London ada hikmah, Maryam akhirnya jumpa al-Quran terjemahan bahasa Korea "Bagi saya, kalau saya tunjuk apa-apa yang saya lakukan khususnya kepada mereka (Palestin), saya rasa seperti menunjuk-nunjuk. Saya tidak suka showing off. "Saya lakukan ini semua dengan ikhlas, biar Allah sahaja yang tahu, saya tidak perlu beritahu kepada semua apa yang saya buat. "Saya hanya mahu Allah sahaja yang tahu niat saya dan disebabkan itu saya tidak berkongsi kepada orang lain," ujarnya. Saya lakukan ini semua dengan ikhlas, biar Allah sahaja yang tahu MARYAM YOU NARAE PERSONALITI MEDIA SOSIAL Sementara itu, Maryam berkata dia sudah tidak lagi bekerjasama dengan jenama atau produk yang mempunyai kaitan dengan Zionis. Kata Maryam, dia dan suami iaitu Ryzal Ibrahim akan membuat semakan terlebih dahulu sebelum bersetuju menerima sesuatu tawaran. "Sejak daripada tahun lepas, apa sahaja kempen yang kami berdua terima, kami semak dulu adakah jenama tersebut diboikot atau tidak. Adakah ia berkait dengan Israel atau tidak. Maryam dan Ryzal menunaikan ibadah umrah pada Mac lalu. "Daripada situ kami akan buat keputusan sama ada mahu ambil atau tidak. Tetapi kalau dah tahu ada kaitan dengan Israel, memang kami akan tolak," jelasnya. Dalam perkembangan lain, Maryam meluahkan rasa teruja apabila dapat bekerjasama dengan sebuah jenama produk kecantikan dari Korea Selatan iaitu L. Soulle. Menurut Maryam, sebelum menerima tawaran berkenaan, dia terlebih dahulu akan memastikan produk tersebut halal dan selamat untuk digunakan. Maryam bekerjasama dengan produk dari Korea. "Produk ini dari Korea dan mereka mahu bekerjasama dengan saya untuk pelancaran produk terbaharu ini. "Sekarang kita boleh lihat produk Korea ada di mana-mana, saya kena lihat juga kualiti produk sebelum bersetuju untuk bekerjasama. "Apa yang penting, produk ini halal dan sumber vegan yang digunakan tidak membahayakan," katanya Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!