suria

Cham VE masuk hospital akibat jangkitan kuman pada jantung, Lah Ahmad mohon doa orang ramai

Lah memaklumkan Cham (kiri) kini menerima rawatan di hospital.

PENYANYI Lah Ahmad memaklumkan anggota kumpulan VE iaitu Cham kini sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman pada jantung.

Menurut Lah atau Lah Abdullah Ahmad, 44, Cham atau nama sebenarnya Charma Adizalilullah Abdul Khalil, 46, dimasukkan ke wad hospital berkenaan pada Ahad.

Cham mengalami jangkitan kuman pada jantung.

Cham mengalami jangkitan kuman pada jantung.

"Kepada sahabat yang mengenali kawan kita, Cham kini telah ditahan di wad PPUM semalam (Ahad) kerana jangkitan kuman pada jantung," katanya.

Lah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Lah Ahmad amal puasa cara bersihkan jiwa, mampu tambah stamina menjelang konsert di Istana Budaya

ARTIKEL BERKAITAN: Lah Ahmad cabar diri beraksi depan kamera, bukan mudah bawa watak berebut wang tunai RM1 juta

Dalam pada itu, penyanyi lagu Kau Tercipta ini turut memohon orang ramai untuk mendoakan agar sahabatnya itu diberikan kesembuhan dan dapat menjalani rawatan tanpa sebarang komplikasi serius.

"Dengan rendah diri saya memohon kawan-kawan sekiranya sudi sama-sama mendoakan kesihatan beliau agar kembali sembuh.

"Semoga urusan rawatan beliau berjalan lancar tanpa komplikasi serius," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain