suria

Berniaga tepi jalan dikatakan tiada standard... Faye Kusairi tak malu, seronok dapat kenal ramai orang baik

Faye mengakui lebih dekat dengan masyarakat sejak berniaga.

PELAKON Faye Kusairi mengakui tidak pernah berasa malu berniaga dan membuka gerai nasi ayam di tepi jalan.

Selepas menceburi bidang perniagaan, Faye atau Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 37, berkata dia mempelajari banyak perkara positif daripada pelanggan dan orang ramai.

"Menjaja tepi jalan tak ada standard. Tak malu ke niaga tepi jalan? Chill la... cetek sangat pemikiran tu.

Copy of Untitled - 2024-05-20T132156.447

Faye menjelaskan perkara itu menerusi hantran di Instagram.

"Bila saya berniaga macam ini dapat kenali masyarakat dengan lebih baik, ramai betul orang yang baik-baik belaka, yang sentiasa bersedekah.

"Banyak perkara saya pelajari, hampir kesemunya mendorong ke arah yang lebih positif," jelasnya dalam satu hantaran di Instagram.

Meskipun ada segelintir netizen melemparkan kecaman, namun Faye mengabaikan kritikan tersebut dan tetap fokus terhadap perniagaan yang diusahakannya sejak enam bulan lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Faye Kusairi tergerak hati buka gerai nasi ayam ketika hamil anak ketiga, laris setiap hari ‘sold out’

ARTIKEL BERKAITAN: Gerai nasi ayam kena serbu pelanggan, Faye Kusairi tak tolak kembangkan perniagaan

"Walaupun adalah yang 'sour'.. yet still impak positif itu terlalu overwhelming.

"Alhamdulillah... nak masuk 6 bulan dan saya masih disini. Fokus menjaga perniagaan dan layan pelanggan saya dengan baik," ujarnya.

Bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT itu, Faye berkata dia kini memilih untuk kekal positif dan mahu berusaha menjadi individu lebih baik.

Copy of Untitled - 2024-05-20T132459.655

Faye menerima setiap rezeki yang ditentukan buat dirinya.

"Saya terima dengan hati yang ikhlas dan reda. Hanya Allah SWT yg tentukan perjalanan saya dan saya tetap akan sentiasa berusaha ke arah yg lebih baik," jelasnya.

Sebelum ini, Faye pernah menjadi bualan hangat ramai kerana berniaga nasi ayam di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur selepas lama menyepi daripada dunia lakonan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain