suria

Seminggu Mimi Lana menangis, tak mahu lagi potong rambut pendek

Mimi tak mahu lagi potong rambut pendek.

DEMI menjayakan watak Emma dalam filem The Experts, Mimi Lana terpaksa memotong rambut pendek sehingga menyebabkan dia menangis selama hampir seminggu.

Kata Mimi atau Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 29, imej baharu itu membuatkan dia berasa kekok dan tidak yakin dengan diri sendiri.

"Waktu saya potong rambut untuk The Experts ini, saya rasa hampir seminggu saya menangis sebab saya rasa tak boleh terima, tak boleh carry rambut itu.

size NP 1 - 2024-05-20T121908.152

Mimi menangis hampir seminggu.

"Sekarang ini baru saya nak rasa rambut panjang balik. Tolong jangan suruh saya potong rambut lagi," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Mimi berkata pada awalnya dia berasa imej berkenaan tidak sesuai dengan dirinya namun lama-kelamaan dia mula menerima perkara itu.

"Mungkin saya dah biasa berambut panjang dan tak pernah potong pendek. Saya rasa kali terakhir saya rambut pendek semasa sekolah dulu. Bila mereka minta saya potong rambut pendek, mulanya saya yakin.

"Saya kata okay boleh! Tapi bila dah potong, saya rasa tak ada benda yang dapat tutup diri saya. Ini kali pertama saya rasa macam itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Fatin Afeefa terkejut muncul cerita sudah bersalin, belum sedia kongsi berita gembira

ARTIKEL BERKAITAN: Yakin rezeki Allah luas, suami Fatin Afeefa sudah setahun tinggalkan forex - “Elok saja boleh hidup”

"Setiap kali bangun pagi, saya rasa ‘oh no, this is not me, tak sesuai dengan diri saya’. Saya rasa tak yakin dengan diri sendiri. Tapi lama-lama saya kena terima la," ujarnya.

Ditanya adakah dia sanggup memotong lagi rambutnya jika mendapat tawaran dengan bayaran tinggi, Mimi memberitahu dia akan melihat daripada segi jalan cerita terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan.

"InsyaAllah, (potong rambut jika dapat bayaran tinggi). Kita kena tengok bayaran itu, berbaloi ke tak. Kita kena tengok skrip juga.

size NP 1 - 2024-05-20T121809.270

Mimi potong rambut pendek kerana mahu jayakan watak Emma dalam The Experts.

"Kalau skrip itu menuntut kita berambut pendek, tak boleh panjang, kita kena potong. Apa-apa pun kita tengok pada skrip la," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, filem aksi heist, The Experts terbitan Astro Shaw bersama ZAK Capital dan TGV Pictures bakal menemui penonton bermula Khamis ini di pawagam seluruh negara.

Selain Mimi, The Experts turut dibintangi Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Maya Karin, Remy Ishak, Ray Dap Dap dan ramai lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain