KEJAYAAN menggenggam segulung ijazah memberi makna cukup besar buat penyanyi Wani Kayrie kerana dapat membuatkan ibunya iaitu Rukiah berasa bangga. Menurut Wani atau Syazwani Abdullah, 24, apa yang diperoleh itu tidak datang dengan mudah kerana dia perlu bekerja keras membahagikan masa sebaik-baiknya. "Dulu saya datang dari keluarga yang tidak senang dan tidak berkemampuan untuk sambung pengajian ke peringkat tinggi. Hanya setakat peringkat Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) kerana tanggungjwab terhadap keluarga. Kejayaan Wani didorong oleh semangat ibu. "Oleh sebab itu saya pasang niat untuk belajar tinggi kerana mahu melihat mama pakai jubah ijazah ini. "Kalau tidak kerana dorongan mama, saya tidak dapat merasa pegang ijazah ini," katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada Selasa. Pada Sabtu lalu, penyanyi ini menerima Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Undang-Undang dan Perdagangan dalam majlis istiadat konvekesyen di Manangement and Science University (MSU). ARTIKEL BERKAITAN: Wani Kayrie berhabis wang 4 angka bawa keluarga pulang beraya di Sabah, makanan laut juadah istimewa 1 Syawal ARTIKEL BERKAITAN: Jaga imej dan nama baik keluarga, Wani Kayrie tolak watak perampas Menerusi hantaran yang dimuat naik itu juga Wani berkongsi kegembiraan dengan merakam foto ibunya memakai jubah graduasi. Dalam pada itu, Wani mengakui pengajian di peringkat ijazah itu memberi kesedaran kepadanya mengenai kepentingan menuntut ilmu. Wani pasang impian sambung pengajian peringkat sarjana. "Sekarang baru saya faham kenapa pentingnya untuk kita menuntut ilmu. "Mungkin bagi sesetengah orang, benda ni hanya setakat 'belajar' tapi sebenarnya ia mengajar untuk melihat dunia dengan lebih luas dan pelbagai sudut berbeza," jelasnya yang turut meluahkan hasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!