suria

Pentingkan kesihatan ibu, peminat puji Siti Nurhaliza siap bawa doktor peribadi bercuti ke Korea

Siti ambil langkah berjaga-jaga semasa bercuti di Korea Selatan.

MENGUPAH jurufoto peribadi semasa melancong ke luar negara adalah perkara biasa bagi seseorang selebriti dalam memastikan kenangan indah percutian mereka itu dapat dirakam sebagai kenangan.

Namun berlainan pula dengan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila memilih membawa doktor peribadi semasa melancong bersama ibu dan keluarga ke Korea Selatan.

Menerusi video tular di aplikasi TikTok, pemilik akaun bernama Dr Saf atau Syed Aliff Fauzan Syed Mohamad, 30, memaklumkan dia diberi tanggungjawab menjadi doktor peribadi kepada keluarga penyanyi berkenaan sepanjang percutian itu.

ct 1

Dr Saf kongsi sekitar pertemuan bersama keluarga Siti.

"Doktor peribadi untuk Datuk Siti Nurhaliza dan keluarga di Korea," tulisnya di ruangan kapsyen.

Menerusi video yang dikongsikan itu, turut kedengaran suara Siti memperkenalkan Dr Saf sebagai doktor peribadi kepada keluarganya.

Malah Dr Saf dengan mesra membalas sapaan mereka dan meminta merujuk dirinya jika berdepan sebarang masalah kesihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya ada kisah di sebalik, Siti Nurhaliza dalam fasa pemulihan rakam ‘Cinta Tak Mungkin’

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak marah pun”... Siti Nurhaliza cerita kejadian sebenar belakang pentas, cemas ‘ear monitor’ belum on

"Kalau ada apa-apa boleh beritahu saya," jawab Dr Saf.

Dalam rakaman video tular itu juga Dr Saf sempat bergurau mesra bersama anak bongsu Siti dan Datuk Seri Khalid iaitu Muhd Afwa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan keprihatin Siti terhadap keluarganya semasa bercuti.

afwa 2

Sekitar moment yang dikongsikan Siti di Instastory.

Mereka juga berpendapat Siti mengambil langkah awal itu kerana percutian kali ini dia membawa ramai warga emas.

"Siapa bawa doktor peribadi pergi melancong, selalu artis bawa jurukamera. Seronok jadi kaya!

"Rasanya sebab bawa ramai warga emas itu, mak mentua dan mak dia pun sudah uzur. Lagi pun hospital sana mahal," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain