suria

Tampal nota ‘sorry slow, wife czer’ belakang kereta, sweetnya layanan Raja Syahiran kepada Uyaina

Uyaina bersyukur kerana suaminya sentiasa di sisi.

PELAKON Uyaina Arshad tersentuh hati melihat keprihatinan dan layanan yang diberikan oleh suaminya iaitu Raja Syahiran sejak dia melahirkan anak kedua pada 17 Mei lalu.

Kata Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, suaminya itu menjaganya dengan begitu dan setia berada di sisi ketika sedang berdepan kesakitan luar biasa.

"Kepada suami saya Raja Syahiran... terima kasih sebab jaga saya. Saya sayang awak.

Copy of Untitled - 2024-05-21T132911.895

Netizen tersentuh hati melihat keprihatinan Syahiran.

"Sakit selepas melahirkan ni tak boleh nak describe. Lebih-lebih lagi kali pertama berjalan ke tandas, ingat pun boleh nangis," katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Dalam perkongsian tersebut Uyaina turut memuat naik video memaparkan gelagat Syahiran, 31, melekatkan kertas di belakang kereta memberitahu isterinya itu baru sahaja bersalin.

"Sorry slow, wife czer," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembedahan

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sanggup tengok Uyaina meronta tahan sakit... Raja Syahiran sedih dan rasa diri tidak berguna

Malah, Syahiran juga dilihat sentiasa memegang tangan Uyaina sepanjang perjalanan pulang dari hospital.

Dalam pada itu, aktres ini menitipkan doa agar ibu-ibu yang baru bersalin turut mendapat sistem sokongan yang kuat seperti dirinya.

"Uyaina doakan untuk setiap wanita yang baru sahaja melahirkan anak, tak kisahlah secara normal atau caesar.

Copy of Untitled - 2024-05-21T132947.461

Uyaina menitipkan doa buat para ibu yang baru bersalin sepertinya.

"Dapat pulih semula dalam keadaan yang selesa, disayangi dan ada support system yang kuat," katanya.

Pada Jumaat lalu, Uyaina selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Uyaina dan Syahiran mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2021 dan mereka juga memiliki seorang lagi cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan yang kini berusia setahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain