suria

Derita kanser tahap empat, PM hulur sumbangan kepada wartawan hiburan Huzz

Huzz kini menerima rawatan di HKL.

PENDERITAAN yang ditanggung oleh bekas wartawan hiburan terkenal iaitu Huzz turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar menerusi setiausaha politik iaitu Ahmad Farhan Fauzi berbesar hati menziarahi Huzz atau nama sebenarnya Kamal Huzaini Kamaludin, 59, di Hospital Kuala Lumpur pada Selasa.

Huzz menerima rawatan di hospital berkenaan sekitar Mac lalu selepas disahkan menghidap kanser usus tahap empat.

huzz 2

Bantuan disampaikan bagi meringankan beban Huzz.

"Huzz popular sekitar era 1980-an dan 1990-an dahulu menerusi penulisan berkaitan dunia hiburan tanah air.

"Namun Huzz kini terlantar akibat menderita kanser usus tahap empat," katanya.

Anwar berkongsi perkara tersebut di laman sosial rasmi miliknya pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Pentingkan kesihatan ibu, peminat puji Siti Nurhaliza siap bawa doktor peribadi bercuti ke Korea

ARTIKEL BERKAITAN: Tampal nota ‘sorry slow, wife czer’ belakang kereta, sweetnya layanan Raja Syahiran kepada Uyaina

Dalam hantaran tersebut, Anwar juga berharap bentuan berkenaan dapat digunakan bagi menampung rawatan selain kegunaan harian.

"Saya amat berharap pemberian ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada saudara Huzz," ujarnya.

Huzz sebelum ini pernah bertugas sebagai Pengarang majalah URTV di Utusan Karya Sdn Bhd dan turut popular menerusi ruangan gosip Sensasi Huzz di sisipan Pancaindera, Mingguan Malaysia.

Dia juga penulis lirik dan dikenali menerusi lagu nyanyian Ramlah Ram berjudul Keangkuhan Mu.

Antara selebriti yang turut datang ziarah sebelum ini adalah seperti Datin Sofea Jane, Erra Fazira, Ziana Zain selain isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Hamidah Khamis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain