suria

Marsha Milan terima undangan buat persembahan di Shanghai, teruja dapat promosi lagu dan budaya etnik Sabah

Marsha akui teruja diberi peluang mempromsikan budaya Sabah.

PENYANYI Marsha Milan menerima undangan membuat persembahan bagi mempromosikan Malaysia di Shanghai, China pada Jumaat depan.

Kata Marsha atau Marsha Milan Londoh, 39, peluang itu juga menjadi platform untuk dia mengetengahkan budaya etnik Sabah memandangkan Pesta Kaamatan juga bakal berlangsung tidak lama lagi.

"Sebenarnya saya dirisik oleh Malaysian Tourism untuk bersama-sama mereka ke Shanghai bagi mempromosikan budaya Malaysia.

Copy of Untitled - 2024-05-21T183123.821

Marsha turut mendendangkan lagu-lagunya sendiri.

"Saya diberi peluang untuk membuat persembahan memandangkan bulan ini merupakan pesta Kaamatan (menuai) di Sabah.

"Kiranya saya akan sambut di situ jugalah selama empat hari," katanya ketika ditemui mStar.

Marsha berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa pelancaran muzik video Hening Rindu yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor.

Mengulas persediaannya sebelum menjayakan persembahan itu, Marsha memberitahu segala persiapan berjalan lancar dan disediakan oleh pihak Tourism Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada niat menunjuk kekayaan, Marsha sudah minta individu padam video ‘tour’ rumah keluarga mentua

ARTIKEL BERKAITAN: Lagu ‘Sumandak Sabah’ bergema di China, netizen puji kejayaan Bella Astillah di pentas dunia - “Yang menjatuhkan tengah naik bas”

Dalam acara itu nanti dia akan menyanyikan dua lagunya sendiri iaitu Cinta dan Kembali Terang termasuklah lagu etnik Sabah.

"Disebabkan saya berada di bawah Malaysian tourism jadi semuanya telah disediakan termasuklah penari.

"Lagu-lagu yang saya akan ketengahkan tentunya lagu dari Sabah, dan nyanyikan lagu-lagu yang pernah masuk Anugerah Juara Lagu (AJL)," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Marsha tampil dengan lagu baharu berjudul Hening Rindu yang turut menjadi runut bunyi (OST) bagi drama Aku Bukan Ustazah.

Saya akan berkaamatan di situ jugalah.

MARSHA MILAN

PENYANYI/PELAKON

Satu demi satu lagunya dipilih menjadi runut bunyi drama sekali gus berjaya menaikkan namanya semula dalam industri sehingga ada yang menggelarnya Ratu OST.

Menurut Marsha, dia bersyukur dengan respons yang diterima dan menganggap ia sebagai fasa baharu buat dirinya dalam kerjaya seni.

Tambahnya, dia tidak merasakan tekanan dengan gelaran berkenaan sebaliknya percaya setiap orang mempunyai pendapat berbeza.

"Saya lihat ia sebagai respon positif dari orang ramai kerana saya rasa ini adalah fasa baharu yang saya perlu hargai.

Copy of Untitled - 2024-05-21T183220.507

Marsha tampil dengan lagu terbaharu Hening Rindu.

"Saya tak mengharap atau meletakkan ia sebagai penanda aras untuk saya, biarlah orang di luar sana yang menilai karya-karya saya," ujarnya.

Lagu Hening Rindu merupakan sebuah lagu balada yang dicipta oleh komposer terkenal Ikhwan Fattana dan Wan Salleh.

Lebih menarik, muzik video lagu ini merupakan kesinambungan kepada muzik video lagu Dulu, Kini dan Akhirnya yaang boleh ditonton menerusi platform digital.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain