suria

Ditegur tak ajar anak umur dua tahun makan cara orang Islam, sekali ini respons Maryam!

Netizen turut bersetuju dengan respon Mariam.

DITEGUR kerana tidak mengajar anak berusia dua tahun cara makan yang betul mengikut adab dan tertib seorang Muslim, personaliti media sosial Maryam You Narae tampil membalas komen ditinggalkan netizen itu.

Tenang menjawab komen individu berkenaan, Maryam, 32, dalam nada sindiran memberitahu dia tidak mengetahui tentang perkara itu dan berjanji akan mengajar anaknya iaitu Rina cara makan yang betul.

"Saya tak tahulah, mungkin awak makan dengan cara yang betul seperti seorang Muslim ketika berusia dua tahun enam bulan... Baguslah.

Copy of Untitled - 2024-05-23T145827.507

Mariam membalas komen tersebut menerusi hantaran di TikTok.

"Tak mengapa, saya akan cuba ajar dia (Rina)," katanya menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di akaun TikTok pada Rabu.

Sebelum itu, seorang pengguna aplikasi berkenaan meninggalkan komen kurang senang melihat cara kanak-kanak itu menikmati makanan.

"Tolong ajar dia cara makan yang betul kerana kita adalah Muslim. Terima kasih," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Percutian ke London ada hikmah, Maryam akhirnya jumpa al-Quran terjemahan bahasa Korea

ARTIKEL BERKAITAN: Penampilan belum sempurna, ramai terlupa Maryam masih belajar jadi Muslimah terbaik... Lancar produk khimar buat wanita

Komen wanita itu bagaimanapun mengundang rasa tidak puas hati netizen yang berpendapat perkara itu tidak sepatutnya dipertikaikan kerana Rina masih lagi kanak-kanak.

"Apa yang tak makan macam Muslim? Makan tangan kanan, duduk elok-elok dekat kerusi. Bukannya anak dia makan guna kaki.

"Kecewanya saya orang Islam layan kami mualaf seperti ini, tak salah bagi nasihat tapi biarlah logik.

Copy of Untitled - 2024-05-23T150019.662

Telatah comel Rina makan sering mencuri perhatian ramai.

"Rina baru dua tahun, biasalah makan macam itu. Kenapa awak harap yang dia akan makan macam orang dewasa?" komen netizen.

Untuk rekod, Rina merupakan anak dari hasil perkahwinan Maryam bersama influencer Ryzal Ibrahim pada 15 Ogos 2019.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain