BARISAN pelakon drama bersiri From Saga With Love 2 menerima undangan untuk bertemu Gabenor Saga iaitu Yoshinori Yamaguchi pada 16 Mei lalu. Dalam pertemuan itu, Yoshinori menyambut baik pemilihan Saga, Jepun sebagai lokasi penggambaran dan berharap sambungan drama berkenaan mendapat sambutan penonton. “From Saga With Love musim pertama telah menerima maklum balas yang sangat baik dan saya sangat teruja menantikan sekual drama bersiri ini," katanya dalam satu kenyataan kepada mStar. Yoshinori menyatakan sokongan terhadap drama tersebut. Pertemuan berkenaan berlangsung di ibu pejabat kerajaan Saga dan dihadiri oleh pihak produksi serta para pelakon termasuk Siti Khadijah Halim, Ikmal Amry dan Sophia Albarakbah. Sementara itu, pelakon Siti Khadijah meluahkan keterujaan dapat menjayakan penggambaran di bandar berkenaan sekali gus membantu memperkukuhkan hubungan antara Saga dan Malaysia. “Saya sangat gembira apabila dapat kembali semula menjalani penggambaran di Saga. ARTIKEL BERKAITAN: Sophia Albarakbah sibuk hadiri kelas bahasa Jepun, akan tampil perjelas dakwaan masih hubungi Aliff Aziz ARTIKEL BERKAITAN: Siti Khadijah harap bertemu lelaki baik, minta Aniq Suhair doakan di Makkah "Ini merupakan sumbangan kecil saya dalam mengukuhkan lagi hubungan baik antara Saga dan Malaysia," ujarnya. Sesi tersebut turut menerima liputan media dari negara Jepun seperti NHK TV, Saga TV, Bunbun TV, Saga Shimbun dan Asahi Shimbun. From Saga With Love musim kedua bakal menemui penonton pada Oktober ini menerusi aplikasi Viu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!