suria

Shakilla Khoriri dah biasa buat kerja berat, jangan salah faham sampai kata suami tak tolong... “Saya bukan isteri yang merengek minta bantu”

Shakilla selesa melakukan sendiri tugas-tugas pembersihan.

SUDAH terbiasa melakukan kerja berat sendirian, pelakon Shakilla Khoriri berkata dia bukanlah seorang wanita yang suka berharap bantuan orang lain terutamanya suami.

Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 35, memberitahu dia tiada masalah melakukan kerja-kerja yang sinonim dengan lelaki dan berasakan ia bukan perkara sukar untuk dilaksanakan sendirian.

"Kalau sesiapa yang kenal saya, saya memang manusia buat kerja-kerja sendiri.

Shakilla mohon orang ramai tidak salah faham dengan perkongsian yang dibuat.

Shakilla mohon orang ramai tidak salah faham dengan perkongsian yang dibuat.

"Saya bukan seorang isteri yang merengek minta bantuan suami, macam dah tak mampu nak buat semua kerja.

"Saya suka buat kerja-kerja pembersihan seperti itu jadi saya kongsikan dengan semua," katanya.

Shakilla berkongsi perkara itu bagi menjawab komen netizen yang seakan-akan membandingkan kehidupannya dahulu bersama dengan bekas suami iaitu penyampai radio Fizi Ali.

Sebelum itu, pelakon drama Takdir Itu Milik Aku ini memuat naik video sedang membersihkan satu ruangan dipercayai menjadi kedai untuk dia menjual produk sambalnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rimas dituduh penyondol, Shakilla Khoriri ajak bersemuka... "Simpan duit, peguam sekarang mahal"

ARTIKEL BERKAITAN: Shakilla Khoriri dapat hak penjagaan sementara anak, akan buat apa sahaja untuk Ameena

Menerusi perkongsian yang dibuat, Shakilla memaparkan dirinya sedang melakukan kerja-kerja pembersihan dengan kapsyen 'begitulah kehidupan'.

Hantaran itu bagaimanapun mendapat mengundang pelbagai reaksi netizen dan ada berpandangan kehidupannya tidak banyak berubah meskipun sudah berkahwin baharu.

"Sama sahaja, dulu pun kena buat sendiri," tulis netizen.

Menyedari komen ditulis netizen itu, Shakilla meminta agar orang ramai tidak salah faham dengan video tersebut.

"Saya nak beritahu takutlah orang cakap suami baru saya ni tak membantu, sama macam dulu... Dulu tu maksudkan siapa? Yang penyampai radio tu kan.

Shakilla tidak suka mengharapkan suami dalam melakukan apa-apa pekerjaan.

Shakilla tidak suka mengharapkan suami dalam melakukan apa-apa pekerjaan.

"Tak fasal daddy Ameena (Fizi) pula dikaitkan, kasihanlah dekat orang tu.

"Amboi tangan tu nak kena kerat, suka-suka sahaja menaip. Awak ni macamlah tahu kehidupan saya. Jangan salah faham dengan posting orang," ujarnya.

Untuk rekod, Shakilla sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Fizi pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian pada Disember 2021.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ameena Sofea yang kini berusia lima tahun.

Shakilla kemudiannya berkahwin dengan jejaka pilihannya iaitu Fariz Zulkepley pada 24 Februari lalu dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain