PELAKON Erysha Emyra tidak mampu mengawal reaksi yang diberikan penonton selepas penampilan dan wataknya dalam drama Aku Bukan Ustazah menerima kecaman netizen. Kata Erysha atau Nur Erysha Emyra Zakaria, 25, segala mesej yang disampaikan dalam drama tersebut adalah mengenai kehidupan dan realiti sebenar dilalui oleh masyarakat. Malah, Erysha juga mengakui sebagai manusia biasa agak sukar untuk dia kekal istiqamah dalam setiap perkara yang dilakukan. Erysha akui sukar untuk kekal istiqamah. "Kalau kita ambil secara positif kita dapatlah mesej tentang kehidupan ini. Nak istiqamah bukan senang. "Ada juga feedback yang saya lihat di komen TikTok, ramai yang cakap diri mereka juga begitu. "Sebenarnya saya pun seperti itu juga, mungkin ada hari yang iman kita naik dan turun," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Hanya kawan biasa, Erysha Emyra puji Hun Haqeem lelaki berbudi bahasa dan lemah lembut ARTIKEL BERKAITAN: Noniswara baru habis idah, Erysha Emyra kongsi keadaan ibu selepas pemergian bapa tiri Erysha berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media drama Cinta Untuk Sekali Lagi dan Bunga Salju yang diadakan di Zebra Square, Kuala Lumpur pada Khamis. Sebelum ini, ada penonton mempertikaikan penampilan watak Aminah yang mengenakan tudung singkat. Malah, ada juga segelintir netizen tidak bersetuju dengan dialog Aminah (Erysha) yang menyentuh hukum berniqab. Menerusi babak tersebut, Aminah bersama dua wanita berniqab dilihat sedang berbual mengenai penampilan berpurdah dan syarat wajib dalam menutup aurat. Mengulas mengenai perkara itu, Erysha menjelaskan ada sebab dia mengenakan tudung singkat dan kebanyakan komen kritikan diterima daripada mereka yang tidak menonton drama berkenaan. Erysha (kiri) melakonkan watak Aminah dalam Aku Bukan Ustazah. "Ada juga yang mempertikaikan saya yang bertudung labuh dalam drama itu tiba-tiba ada satu babak saya bertudung singkat. "Sebenarnya itu adalah babak dalam rumah dan watak saya belum bersiap untuk keluar rumah. "Saya rasa orang yang memberikan komen itu tidak menonton drama tersebut dan hanya melihat potongan video yang tular," ujarnya. Selain Erysha, drama ini turut menampilkan MK K-Clique dan Zahiril Adzim. Aku Bukan Ustazah bersiaran di slot Akasia setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam di TV3. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!