suria

Cerai hidup atau mati bukan alasan langgar idah, pendakwah nasihat Adira rujuk jabatan agama

Annas nasihat Adira tanya jabatan agama untuk dapatkan nasihat.

SEORANG wanita perlu menjalani tempoh idah seperti digariskan dalam Islam tidak kira sama ada mereka bercerai hidup atau pun kematian suami.

Pendakwah bebas Da'i Anas bagaimanapun berkata, di dalam Islam terdapat beberapa kelonggaran diberikan kepada wanita dalam tempoh Idah namun dengan keperluan dan kadar tertentu.

"Kalau keluar (rumah) ketika dalam tempoh idah, ada beberapa kelonggaran diberikan misalnya seorang wanita itu terpaksa menguruskan keluarga tanpa bantuan waris.

size NP 1 - 2024-05-25T142824.951

Annas minta Adira rujuk pejabat agama mengenai isu idahnya.

"Mereka diberikan kebenaran untuk keluar pada kadar-kadar tertentu. Kalau kena keluar bekerja mencari rezeki, kena tengok kadar keperluan untuk keluarga.

"Jika berbalik pada hukum, tidak dibenarkan. Idah ini tidak kira cerai hidup atau mati perlu ikut peraturan yang telah digariskan Islam," katanya kepada mStar.

Annas menjelaskan perkara itu ketika ditemui pada sesi rakaman program Tanyalah Ustaz: Akad 40 yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Sabtu.

Penjelasan itu dibuat sebagai merujuk kepada kenyataan penyanyi Adira yang memberitahu dia bukan bercerai mati dan terpaksa keluar rumah bagi mencari rezeki untuk menampung empat orang anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bukan balu cerai mati” - Keluar ketika tempoh Idah, Adira cari rezeki sara 4 orang anak

ARTIKEL BERKAITAN: Da’i Annas minta jangan layan trend solat jemaah ‘online’, minta remaja mabuk cinta bertaubat

Dalam pada itu, Annas tidak dapat mengulas lanjut mengenai Adira kerana tidak mengetahui konteks sebenar kehidupan penyanyi berkenaan selepas bercerai.

Bagaimanapun Annas menasihatkan agar Adira merujuk perkara berkenaan kepada pihak jabatan agama bagi mengetahui lebih lanjut soal idah.

"Masalah ini boleh rujuk pada fatwa Mufti Wilayah Persekutuan yang pernah keluarkan artikel berkenaan isu wanita dibenarkan keluar bekerja jika bercerai atau kematian suami dalam keadaan tidak diberikan apa-apa untuk meneruskan kehidupan.

"Saya tidak faham konteks penuh artis itu keluar untuk tujuan apa. Jadi secara keseluruhan saya rasa lebih baik rujuk kepada jabatan agama," jelasnya.

size NP 1 - 2024-05-25T142839.772

Adira menjelaskan kepada netizen dia cerai hidup.

Pada 23 April lalu, Adira sah bercerai talak satu dengan bekas suami, Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Adira juga bersetuju untuk tidak menuntut sebarang nafkah idah dan mutaah daripada Adnan kerana memahami keadaan bekas suaminya yang sedang berdepan masalah kewangan.

Dalam perkembangan lain, Tanyalah Ustaz: Akad 40 bakal bersiaran bersempena ulang tahun TV3 yang ke-40.

Program istimewa itu bakal menyatukan dan meraikan 20 pasangan asnaf daripada pelbagai latar belakang berbezadalam sebuah majlis akad nikah.

Selain Annas, program itu turut dihoskan oleh Tajdid Hadhari.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain