USAHA pelakon Datin Seri Umie Aida dah usahawan kosmetik Datuk Alha Alfa membantu mangsa kekejaman Zionis di Palestin membuahkan hasil apabila berjaya mengumpul dana sebanyak RM300,000 menerusi program Bersamamu Rafah yang diadakan pada malam Sabtu. Umie yang juga penaung Musolla Aisya berkata, kutipan tersebut berjaya dikumpul hasil sumbangan daripada rakan selebriti dan usahawan yang hadir ke program berkenaan. "Alhamdulillah Datuk Alha selalu menyokong dan kami berkerjasama sejak tahun lalu yang mana kami pernah buat program bersama berkaitan Palestin juga. Barisan selebriti dan usahawan yang memberi sumbangan. "Tujuan kami malam ini memang nak kumpul dana untuk sama-sama membantu saudara kita di Palestin. Semoga menjadi inspirasi buat semua," katanya kepad mStar. Umie berkata kesemua wang tersebut akan disumbangkan menerusi Pertubuhan Cinta Gaza Malaysia. Menyasarkan kutipan sebanyak RM500,000, Umie berkata, pihaknya akan terus membuka Tabung Bersamamu Rafah bermula 25 Mei sehingga 8 Jun depan bagi membolehkan orang ramai membuat sumbangan. ARTIKEL BERKAITAN: Ditegur kongsi video artis wanita di program agama, Umie Aida tampil jelaskan situasi sebenar... “Tiada lelaki sepanjang majlis” ARTIKEL BERKAITAN: Pusat beli belah pandang Alha Alfa sebelah mata, letak iklan di kawasan pakaian bayi - “Sekarang minta buat program tarik orang datang” Sementara itu, Alha selaku penaung Pertubuhan Erat Kasih Alha Alfa (Pekaa) juga menyumbangkan sebanyak RM150,000 pada malam berkenaan. Katanya ia merupakan hasil kutipan jualan produk di platform TikTok miliknya sekali gus berharap agar masyarakat Malaysia dapat bersama-sama menjayakan usaha ini. "Setiap sumbangan yang diberikan akan membawa sinar harapan kepada saudara-saudara kita di Rafah yang sedang menghadapi pelbagai kesukaran. Marilah kita berganding bahu untuk membantu mereka yang memerlukan. DATUK ALHA ALFA USAHAWAN "Kami mengalu-alukan kehadiran semua pihak untuk menyertai majlis ini dan menyumbang kepada Tabung Bersamamu Rafah. "Marilah kita berganding bahu untuk membantu mereka yang memerlukan dan mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang sesama manusia," katanya. Pada acara yang sama, Umie dan Alha juga melancarkan lagu berjudul Bersamamu Rafah yang dihasilkan dalam masa dua hari. Pelancaran lagu Bersamamu Rafah. Selain Umie dan Alha, lagu berkenaan turut dinyanyikan Yuka Karisma, Zizi Kirana dan Idayu. Majlis tersebut diserikan dengan perkongsian keadaan terkini Palestin oleh aktivis Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia iaitu Muhammad Nadir Al-Nuru bersama isterinya. Ia juga diserikan dengan kehadiran 30 orang selebriti dan pempengaruh Malaysia, usahawan serta peniaga kecil dan sederhana (SME) yang turut serta memberi sokongan terhadap inisiatif mulia ini. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!