suria

Kak KM menangis syukur anak dapat keputusan cemerlang SPM, berkat doa solat hajat setiap hari

Kak KM bangga dengan pencapaian anaknya dalam SPM.

PERKONGSIAN video usahawan sensasi Kak KM menemani anak lelakinya mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada pagi Isnin menarik perhatian ramai.

Dalam rakaman video itu, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli dilihat terlalu gembira sehingga menitiskan air mata ketika menerima keputusan berkenaan.

Kata Kak KM, dia bersyukur kerana anaknya iaitu Mohd Faris menerima keputusan cemerlang iaitu memperoleh 6A.

Copy of Untitled - 2024-05-27T133529.820

Kak KM berkongsi momen tersebut di Instagram miliknya.

Walaupun tidak memperoleh semua A, Kak KM tetap berbangga dan keputusan berkenaan sudah pun memadai.

"Alhamdulillah, syukur dia memang anak yang bijak. Tak sangka dia berjaya dapat 6A.

"Saya lega sangat walaupun tak dapat semua A tapi itu pun dah cukup bagi saya," katanya ketika dihubungi mStar.

Berkongsi kejayaan Faris itu, Kak KM berkata dia sekeluarga kerap melakukan solat hajat bagi mendoakan kejayaan anak keduanya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bosan dengan rutin kehidupan, kehadiran anak bongsu buat Kak KM sabar - “Ada sebab Allah bagi Cinta Carissa”

ARTIKEL BERKAITAN: Kak KM mengaku rumah kena pecah masuk, syukur polis berjaya jumpa barangan RM2.1 juta dalam sungai

"Faris memang betul-betul belajar hari-hari, sampai tak tidur malam. Kami pun buat solat hajat hari-hari untuk dia.

"Dia satu-satu anak lelaki saya. Saya pun selalu cakap yang dia adalah harapan saya, itulah yang buat dia tertekan," ujarnya.

Untuk info, seramai 395,870 calon SPM 2023 menerima keputusan masing-masing pada Isnin.

Jumlah tersebut melibatkan kesemua calon yang telah menduduki peperiksaan di 3,340 pusat peperiksaan di seluruh negara sebelum ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain