suria

[V] Rossa puji gerakan boikot di Malaysia, katanya Indonesia pun tak sekuat ini

PENYANYI Datuk Seri Rossa memuji rakyat Malaysia yang komited menunjukkan sokongan terhadap pembebasan rakyat Palestin menerusi gerakan Blockout2024.

Kata Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handayani, 46, kempen itu dilihat tidak sekuat di Indonesia kerana masyarakat di negaranya mempunyai pemikiran berbeza.

"Sebenarnya gerakan boikot di Indonesia tidak sekuat di Malaysia.

"Saya merasakan impak blockout itu hanya di Malaysia.

size NP 1 (66)

Rossa puji kempen boikot di Malaysia yang sangat beri impak.

"Di Indonesia ada sebahagian masyarakat yang mempunyai pemikiran masing-masing," katanya kepada mStar.

Rossa berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Konsert Divas & Diamonds 2024 yang diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada Isnin.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Ayat-Ayat Cinta ini memberitahu biarpun gerakan boikot tidak terlalu kuat di Indonesia namun rakyat mereka tidak terlepas dalam menunjukkan solidariti terhadap saudara Islam di Palestin.

"Namun itu tidak bermakna mereka tidak menyokong saudara Islam di Palestin. Mereka juga mempunyai sikap solidariti yang tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kaka Azraff sokong gerakan ‘Blockout2024’, gesa selebriti terus lantang bersuara tentang Palestin

ARTIKEL BERKAITAN: Kaka Azraff mahu penjelasan konkrit kontrak ditamatkan, tak terfikir guna saluran undang-undang terhadap Warner Music Malaysia

"Setiap hari minggu di Indonesia selalu ada perhimpunan untuk memperjuangkan nasib rakyat di Palestin," ujarnya.

Menyahut gerakan itu, Rossa berkata dia tidak lagi mempromosikan jenama produk yang menunjukkan sokongan terhadap Zionis.

"Saya tidak lagi mempromosi barangan jenama pro Israel tetapi kalau untuk tujuan kerja dan selagi ia bukan hard sell, mungkin saya tidak kisah untuk terlibat menghadiri acara mereka," katanya.

Sebelum ini, wujud gerakan Blockout2024 bagi memboikot selebriti yang masih menjalinkan kerjasama dengan produk menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin.

size NP 1 (68)

Rossa sudah tidak promosikan barang daripada Israel.

Gerakan itu dibuat sebagai meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir selebriti tanah air yang tanpa rasa bersalah mempromosikan produk ada kaitan dengan Israel di media sosial milik mereka.

Gerakan tersebut disambut baik oleh netizen Malaysia yang juga menyenaraikan beberapa nama artis yang dipercayai melakukan kerjasama dengan jenama pro Zionis.

Antara selebriti Malaysia yang tersenarai adalah Meerqeen, Nadhir Nasar, Nabila Razali, Daiyan Trisha, Mira Filzah, Siti Saleha, Neelofa, Awal Ashaari, Scha Alyahya dan ramai lagi.

Rata-rata netizen mula menyahikut dan menyekat media sosial selebriti kegemaran mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain