suria

Ada pihak mahu pukul dan hantar santau, Zahiril Adzim anggap sekadar cakap - “Usik keluarga memang saya cari!”

Zahiril mendedahkan ada menerima mesej daripada individu tidak dikenali.

GARA-GARA membawa watak antagonis menerusi drama Aku Bukan Ustazah, pelakon Zahiril Adzim menerima pelbagai kecaman daripada netizen.

Zahiril atau Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 40, berkata, selain caci maki melalui mesej di Instagram, ada juga yang mengugut mahu memukulnya gara-gara membenci wataknya sebagai Dr Omar.

Lebih teruk lagi, Zahiril mendedahkan dia ada menerima mesej daripada individu tidak dikenali yang mahu menghantar santau kepadanya.

“Teruk (kecaman) saya terima. Ada orang nak pukul saya apabila jumpa dekat luar. Hari-hari ada orang mesej maki saya.

Copy of Untitled (15)

Zahiril mendedahkan ada yang mengugut untuk mencederakannya.

“Setiap hari penuh saya punya ruangan mesej sampai saya tidak larat nak baca. Saya okay tiada masalah dengan orang kecam sebab kita tahu ia beri impak.

“Tapi apabila sudah sampai orang maki-maki, saya rasa itu tidak perlu sebabnya ini adalah drama yang beri pengajaran.

“Ada yang komen kata nak hantar santau kepada saya. Tapi saya rasa itu tiada apalah,” katanya kepada mStar.

Zahiril memaklumkan perkara itu ketika ditemui semasa sidang media sempena Hari Ulang Tahun TV3 ke-40 pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Zahiril Adzim sedia beri tunjuk ajar, tak halang anak ceburi bidang lakonan

ARTIKEL BERKAITAN: Zahiril Adzim disuruh mencarut

Kata Zahiril, dia mengetepikan semua ugutan tersebut memandangkan ia tidak melibatkan keluarga.

“Saya tiada masalah selagi ia tidak kacau keluarga saya. Saya memang tunggukan itu, kalau ada memang saya akan cari,” ujarnya.

Mengulas mengenai drama Aku Bukan Ustazah, Zahiril berkata dia menerima naskhah tersebut memandangkan ia mengetengahkan berkenaan keganasan rumah tangga.

Kata Zahiril, isu itu jarang diketengahkan dan melihat ia sebagai peluang terbaik dalam menyebarkan kesedaran kepada penonton.

Copy of Untitled (14)

Zahiril tidak memikirkan ugutan berkenaan selagi tidak melibatkan keluarganya.

"Jarang ada cerita fasal ini. Ini isu yang saya nak ketengahkan supaya kita dapat menyebarkan kesedaran.

“Kalau ada alami masalah, jangan teragak-agak laporkan. Carilah bantuan dan pertolongan,” ujarnya.

Selain Zahiril, Aku Bukan Ustazah turut dibintangi oleh Erysha Emyra, MK, Haneesya Hanee, Shaza Bae dan ramai lagi.

Ia sedang ditayangkan menerusi slot Akasia TV3 setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 7.30 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain